SG sasar 18 juta pelawat antarabangsa pada 2026; raih hasil pelancongan hingga S$32.5 bilion
Singapura menyasarkan menyambut antara 17 hingga 18 juta pelawat antarabangsa tahun ini, dengan anggaran hasil pelancongan sekitar S$31.0 hingga S$32.5 bilion.
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP)
- Lembaga Pelancongan Singapura (STB) menyasarkan 17 hingga 18 juta pelawat antarabangsa tahun ini dengan hasil pelancongan dianggarkan S$31.0 hingga S$32.5 bilion.
- Unjuran dibuat secara berhati-hati kerana ketidaktentuan ekonomi global dan politik yang mempengaruhi perjalanan antarabangsa.
- Pada 2025, ketibaan pelawat meningkat kepada 16.9 juta, dengan China, Indonesia, Malaysia, Australia dan India sebagai pasaran utama.
- STB akan terus membangunkan produk dan pengalaman pelancongan unik untuk mencapai aspirasi Pelancongan 2040 dan mengukuhkan status Singapura sebagai hab global.
SINGAPURA: Singapura menyasarkan menyambut antara 17 hingga 18 juta pelawat antarabangsa tahun ini, dengan anggaran hasil pelancongan sekitar S$31.0 hingga S$32.5 bilion.
Menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB), unjuran itu dibuat secara berhati-hati berikutan ketidaktentuan ekonomi global dan ketidakstabilan politik yang menjejaskan corak perjalanan antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif STB Melissa Ow dalam satu kenyataan berkata agensi itu akan terus meneroka peluang bagi menembusi pasaran-pasaran baharu serta menyokong perusahaan dan tenaga kerja sektor pelancongan untuk membangunkan produk serta pengalaman yang berbeza dan unik, sejajar dengan matlamat Pelancongan 2040 dan pembangunan sektor pelancongan yang mampan.
Menurut STB, sektor pelancongan mencatat pertumbuhan stabil pada 2025 dengan hasil pelancongan mencecah S$23.9 bilion bagi tiga suku pertama tahun itu, meningkat 6.5 peratus berbanding 2024.
"Prestasi pendapatan pelancongan dari Januari hingga September 2025 menunjukkan bahawa pencapaian bagi keseluruhan tahun lalu berada di landasan yang tepat untuk menjangkaui unjuran awal STB, iaitu antara S$29.0 hingga S$30.5 bilion," menurut kenyataan itu.
STB memaklumkan ketibaan pelawat antarabangsa ke Singapura pada 2025 mencecah 16.9 juta orang, meningkat 2.3 peratus berbanding 2024.
Para pelawat dari Tanah Besar China mencatat jumlah tertinggi dengan 3.1 juta orang, diikuti Indonesia (2.4 juta), Malaysia (1.3 juta), Australia (1.3 juta) dan India (1.2 juta) sebagai lima pasaran utama.
Menurut Cik Ow, prestasi kukuh hasil pelancongan pada 2025 meletakkan Singapura di landasan yang mantap untuk mencapai aspirasi Pelancongan 2040.
"Kami berjaya menarik pelawat yang menghargai pengalaman unik yang ditawarkan Singapura.
"Bagi mengekalkan momentum pertumbuhan ini serta mengukuhkan daya tarikan destinasi dan status Singapura sebagai hab global, kami akan terus membangunkan rangkaian produk, acara dan pengalaman yang berbeza," katanya lagi.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.