SG saran naikkan cukai karbon mulai 2024
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura menyarankan untuk menaikkan cukai karbon kepada S$25 setiap tan bagi pengeluaran gas rumah hijau pada 2024 dan 2025 dan S$45 setiap tan mulai 2026.
Berucap di Parlimen pada bacaan kedua Rang Undang-Undang Harga Karbon (Pindaan), Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata anjakan progresif itu akan meletakkan negara pada landasan untuk mencapai harga antara S$50 hingga S$80 setiap tan, menjelang hujung dekad ini.
Cik Fu menambah kementeriannya mahu menaikkan cukai karbon secara berperingkat untuk memudahkan peralihan perniagaan.
"Harga karbon yang terlalu rendah tidak akan menawarkan insentif mencukupi untuk membuat perubahan yang perlu untuk mencapai sasaran pengeluaran. Harga terlalu tinggi akan menjadikan perubahan terlalu tinggi, mengurangkan daya saingan dan menjadikan sektor korporat tidak stabil," kata Cik Fu.
"Harga karbon yang disarankan dicapai selepas mengimbangi dengan teliti isu sekitaran, ekonomik dan keperluan sosial negara. Semua itu dengan niat mencapai laluan sifar," tambahnya.

Sumber : CNA/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.