SG sangkal dakwaan Lee Hsien Yang, bentangkan fakta berhubung rumah di 38 Oxley Road
Anggaran Waktu Membaca:
38 Oxley Road. (Gambar: Howard Law)
SINGAPURA: Persengketaan antara Encik Lee Hsien Yang dengan abangnya, Menteri Kanan Lee Hsien Loong, melibatkan rumah keluarga mereka di 38 Oxley Road.
Dalam jawapannya kepada The Guardian, Pemerintah Singapura menyatakan ia sudah beberapa kali menjelaskan bahawa Menteri Kanan Lee Hsien Loong menarik diri daripada semua perkara yang berkaitan dengan hartanah itu.
SM Lee juga tidak dirujuk oleh pihak berkuasa berhubung sebarang keputusan yang berkaitan dengan ahli keluarganya.
Encik Lee Hsien Yang dan kakaknya, mendiang Dr Lee Wei Ling, sebelum ini menuduh SM Lee menyalahgunakan pengaruhnya dalam pemerintah bagi mencapai agenda politiknya sendiri.
Encik Lee Hsien Yang dan mendiang Dr Lee mendakwa bahawa mereka berasa terancam ketika cuba untuk merobohkan rumah ini, sepertimana mengikut kehendak ibu bapa mereka.
Di pihaknya, Pemerintah menyatakan ia mengambil kira pandangan-pandangan mendiang Encik Lee Kuan Yew berhubung rumah itu.
Menurut Pemerintah, meskipun mendiang Encik Lee Kuan Yew lebih memilih untuk merobohkan rumah tersebut, beliau juga bersedia untuk menimbangkan pilihan-pilihan lain seperti mengubah elok bahagian dalamannya.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.