Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG sambut baik langkah beri status CSP kepada India, kata PM Lee

Anggaran Waktu Membaca:
PHNOM PENH: ASEAN mempertingkatkan hubungan dua hala dengan India ke peringkat seterusnya, dengan kelulusan status Kerjasama Strategik Menyeluruh (CSP).

Singapura sebagai negara penyelia bagi hubungan dialog antara ASEAN dengan India amat mengalu-alukan langkah peningkatan tersebut.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata terdapat lebih banyak ruang untuk kedua-dua pihak bekerjasama.

Ini termasuk dalam bidang-bidang baru muncul seperti robotik dan ekonomi hijau.

Memperkukuhkan hubungan dengan rakan kerja lama.

Selain ulang tahun ke-30 hubungan dialog ASEAN-India, tahun ini adalah Tahun Persahabatan bersama, dengan India diberikan status CSP.

Menyifatkannya sebagai asas kukuh untuk ASEAN dan India mempertingatkan hubungan antara satu sama lain, Singapura menyatakan perkumpulan itu menghargai sokongan India terhadap kedudukan ASEAN.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga menggesa ASEAN dan India agar memudahkan aliran perdagangan dan pelaburan serta bekerjasama dalam bidang-bidang baru seperti bandar-bandar bijak dan keselamatan siber.

PM Lee menambah ASEAN mengalu-alukan sumbangan India terhadap ketersambungan serantau.

Ini termasuk Lebuh Raya antara India, Myanmar dan Thailand.

Semasa sidang puncak berasingan antara ASEAN dengan Australia pula, PM Lee menyarankan cara-cara untuk memastikan CSP kekal relevan kepada cabaran-cabaran sedia ada.

Antaranya termasuk memperkukuhkan ketersambungan bekalan rantaian, melaksanakan bidang-bidang utama seperti jaminan bekalan tenaga dan ekonomi hijau, serta mempertahankan kedudukan ASEAN.

Pada awal Sabtu (12 Nov), ASEAN juga telah mengadakan pertemuan dengan China, Jepun dan Korea dalam Sidang Puncak ASEAN Campur Tiga (ATP).

Memuji kerjasamanya dalam usaha memerangi pandemik COVID-19, PM Lee berkata ATP boleh melakukan lebih lagi.

Ini termasuk mempertingkatkan keupayaan untuk menangani ancaman kesihatan awam pada masa hadapan.

Selain itu, negara-negara tersebut juga boleh bekerja lebih rapat dalam bidang-bidang baru seperti pendigitalan.
 
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan