SG rancang pinda Akta Campur Tangan Asing susuli ancaman digital
Anggaran Waktu Membaca:
- Singapura merancang untuk mengukuhkan kuasa negara dalam menangani ancaman campur tangan asing.
- MHA kini ada rancangan untuk meminda FICA, iaitu Akta Campur Tangan Asing (Langkah Tindak Balas).
- Menteri Negara Kanan Ehwal Dalam Negeri Sim Ann berkata: "Dengan penduduk yang rencam dan sangat terhubung secara digital, Singapura adalah sasaran yang menarik dan mudah terdedah."
- Beliau menyeru orang ramai supaya terus berwaspada terhadap kemungkinan cubaan pihak luar untuk mempengaruhi dasar luar Singapura.
SINGAPURA: Singapura merancang untuk mengukuhkan kuasa negara dalam menangani ancaman campur tangan asing.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan bahawa pembangunan alat digital yang semakin canggih meningkatkan keupayaan pihak tertentu untuk melancarkan kempen maklumat bermusuhan (hostile).
MHA kini ada rancangan untuk meminda FICA, iaitu Akta Campur Tangan Asing (Langkah Tindak Balas).
Terdapat rancangan untuk meningkatkan usaha penyebaran maklumat kepada pelajar, belia, dan perniagaan.
Ini bertujuan untuk menerangkan pertimbangan dasar luar Singapura dan membantu rakyat mengenal pasti percubaan untuk memanipulasi sentimen.
Menteri Negara Kanan Ehwal Dalam Negeri Sim Ann berkata: "Dengan penduduk yang rencam dan sangat terhubung secara digital, Singapura adalah sasaran yang menarik dan mudah terdedah.
"Taktik campur tangan asing akan terus berkembang dan menjadi semakin canggih.
"Ia menyentuh kehidupan seharian kita - melalui apa yang kita lihat, dengar dan baca dalam ruang maklumat yang semakin terbuka. Oleh itu, pertahanan kita juga mesti menjadi lebih kukuh."
Cik Sim, yang juga Menteri Negara Kanan Ehwal Luar, sedang menggariskan rancangan kementerian-kementeriannya untuk penggal akan datang.
Beliau menyeru orang ramai supaya terus berwaspada terhadap kemungkinan cubaan pihak luar untuk mempengaruhi dasar luar Singapura.
Terdapat rancangan untuk mempertingkat usaha libat urus dengan pelajar, belia dan perniagaan.
Ini bertujuan untuk menjelaskan pertimbangan dasar luar Singapura dan membantu rakyat mengenal pasti cubaan untuk memanipulasi sentimen.

Sumber : CNA/QA/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.