SG rancang penerbangan bawa pulang rakyatnya, tanggungan mereka dari Saudi
Singapura merancang untuk menghantar sebuah penerbangan bagi membawa pulang rakyatnya dan tanggungan mereka dari Arab Saudi pada 10 Mac hingga 12 Mac.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura merancang untuk menghantar sebuah penerbangan bagi membawa pulang rakyatnya dan tanggungan mereka dari Arab Saudi pada 10 Mac hingga 12 Mac.
Tarikh dan masanya tertakluk pada kelulusan penerbangan dan keadaan di lapangan, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA).
“Kami akan menghubungi rakyat Singapura sekali lagi sebaik sahaja butiran disahkan,” kata MFA dalam satu borang bagi rakyat Singapura untuk menyatakan minat mereka terhadap penerbangan pulang tersebut dan pengangkutan darat.
Pengangkutan darat dari Doha, Manama, Al Khobar dan Jeddah ke Riyadh bagi penerbangan itu akan disediakan sehari sebelum tarikh penerbangan.
Tiada pengangkutan darat akan disediakan bagi para penumpang yang berada di bahagian lain di rantau tersebut.
Aturan berasingan mungkin dibuat bagi rakyat Singapura yang berada di Jordan dan Kuwait untuk ke lokasi berlepas yang ditetapkan, menurut MFA.
MFA menyatakan ia akan membuat aturan susulan dengan rakyat Singapura yang menyatakan minat sebaik sahaja penerbangan itu disahkan dan bayaran untuk menempah tempat duduk dalam penerbangan boleh dibuat ketika itu.
Tiada makanan akan disediakan dalam penerbangan tersebut.
Had bagasi ditetapkan pada 30 kilogram bagi setiap penumpang dan permintaan bagi bagasi bersaiz besar atau pembelian lebihan bagasi tidak akan dipenuhi.
Haiwan peliharaan, senjata atau senjata api tidak dibenarkan dalam penerbangan itu.
Penerbangan tersebut hanya untuk rakyat Singapura dan tanggungan mereka, menurut MFA.
Borang untuk menyatakan minat akan ditutup pada Ahad (8 Mac) pada pukul 11.59 malam.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.