Skip to main content

Singapura

SG rancang kawal selia cara golongan muda guna aplikasi

Singapura akan memperkenalkan kawal selia untuk mengurus cara aplilkasi disediakan kepada golongan muda, menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo hari ini (3 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
SG rancang kawal selia cara golongan muda guna aplikasi

Gambar fail aplikasi-aplikasi media sosial yang biasa digunakan orang ramai. (Gambar: Kirill Kudryavtsev/AFP)

Diterbitkan : 03 Feb 2024 06:39PM Dikemas Kini : 03 Feb 2024 07:02PM
SINGAPURA: Singapura akan memperkenalkan kawal selia untuk mengurus cara aplikasi disediakan kepada golongan muda, menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo hari ini (3 Feb).

Wadah pengedaran aplikasi - seperti Apple App Store atau Google Play Store - mungkin perlu melakukan pemeriksaan sebelum pengguna yang lebih muda boleh memuat turun aplikasi tertentu.

Cik Teo menegaskan bahawa adalah penting untuk mengurus platform sedemikian kerana kebanyakan cara kita berinteraksi di internet hari ini adalah melalui penggunaan aplikasi.

"Ia mempunyai kaitan dengan konsep bagaimana perkara-perkara tertentu hanya sesuai jika anda mempunyai keupayaan untuk menangani maklumat, menangani kandungan. Anda boleh menggunakan minda anda untuk menentukan mana yang betul atau salah bagi isu-isu tertentu. Dan anda boleh menilai sendiri," kata Cik Teo.

Cik Teo berkata demikian semasa menjawab pertanyaan tentang bagaimana untuk mencegah golongan muda daripada mengakses aplikasi tertentu dengan berbohong mengenai usia sebenar mereka.

Acara yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pengakap Singapura itu turut menyaksikan pelancaran satu program baharu bagi melatih sekitar 12,000 pengakap dengan kemahiran celik digital seperti bagaimana untuk mengenal pasti penipuan online.

Para pengakap akan melakukan tugasan online dan latihan main peranan untuk mempelajari tentang keselamatan online.

Untuk meraih Lencana Warga Digital, mereka perlu berkongsi apa yang telah dipelajari dengan sekurang-kurangnya 10 orang lain.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita