Skip to main content

Singapura

SG rancang hulur bantuan perubatan ke Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
SG rancang hulur bantuan perubatan ke Gaza

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen (ketiga dari kiri) berucap di Panel Perbincangan Utama Persidangan Keselamatan Munich (MSC) ke-61, dengan tema "Making Waves: Maritime Tensions in the Indo-Pacific". (Gambar: MINDEF)

Diterbitkan : 16 Feb 2025 05:55PM Dikemas Kini : 16 Feb 2025 07:10PM
SINGAPURA: Menteri Pertahanan Ng En Hen berkata Singapura sedang berusaha untuk menghulurkan bantuan bekalan perubatan bagi krisis kemanusiaan di Gaza.

Singapura dalam perbincangan dengan negara-negara di Timur Tengah tentang bagaimana bantuan itu boleh dihulurkan dan dalam bentuk apa ia seharusnya disediakan.

Salah satu kriteria adalah angkatan tentera mahupun para relawan Singapura tidak akan ditimpa bahaya.

Dr Ng berkata demikian di luar sebuah persidangan keselamatan di Munich, Jerman, apabila ditanya sama ada bantuan tambahan boleh dijangkakan daripada Singapura untuk Carikan Gaza.

Ini termasuk kiriman bantuan oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Dr Ng menarik perhatian bahawa pihaknya berusaha untuk mempergiatkan kiriman bantuan perubatan, menyusuli agihan bantuan kemanusiaan yang ketujuh oleh Singapura bagi penduduk Gaza.

Dr Ng berkata: "Kami sedang berusaha untuk melakukan lebih banyak lagi, untuk melihat apa yang diperlukan dan saya rasa bantuan perubatan diperlukan serta dalam bentuk apa atau bagaimana ia akan disediakan.

"Kami sedang meninjau pilihan untuk perkara itu, (kami) sedang berbincang dengan negara-negara di sana termasuk Jordan, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir. Namun pada masa yang sama, kami mahu melakukannya dalam persekitaran yang tidak akan meletakkan angkatan tentera ataupun para relawan kami dalam keadaan berbahaya," tambahnya.

"Jadi jawapan pendeknya adalah ya tetapi kami sedang menimbangkan keadaan yang boleh memenuhi syarat-syarat ini."
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita