Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG punya model silang budaya tersendiri, kata SM Tharman

Anggaran Waktu Membaca:
SG punya model silang budaya tersendiri, kata SM Tharman

(Gambar: Humanity Matters)

SINGAPURA: Singapura mempunyai model kepelbagaian budaya yang tersendiri, dengan kefahaman dan kesedaran terhadap kepentingan silang budaya.

Demikian menurut Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam di acara Project Hallow 2023 di Shaw Plaza pada Sabtu (8 Apr).

Buat pertama kalinya tahun ini, Project Hallow kendalian badan tidak meraih untung, Humanity Matters, merangkumi dialog antara agama disusuli majlis berbuka puasa.

"Keseluruhan pendekatan kami di Singapura adalah untuk mengamalkan kepelbagaian budaya yang aktif, bukan sahaja mengamalkan kepercayaan kita sendiri dan membenarkan orang lain mengamalkan secara bebas, tetapi memahami perkara biasa dan penting dalam kalangan agama yang berbeza.

"Melalui acara sedemikian mewujudkan platform yang sama bagi penduduk berlainan agama dan kaum untuk berusaha memahami satu sama lain dengan lebih mendalam," kata Encik Tharman.

Menurutnya, ia tidak berlaku secara semula jadi.

"Peranan pemimpin agama dan pemimpin masyarakat adalah penting, tetapi pada akhirnya, ia harus menjadi naluri sosial dalam kalangan rakyat Singapura: berkumpul di sekolah, di tempat kerja, di kawasan kejiranan; berkumpul di perayaan masing-masing; dan meraikannya secara bersama."

Itulah yang menjadikan Singapura unik dan ia akan menjadi lebih penting pada tahun-tahun akan datang, tambah beliau.

Encik Tharman juga menekankan peri pentingnya untuk menangani perpecahan dalam masyarakat.

(Gambar: Humanity Matters)

Selain berbuka bersama, lebih 100 pemimpin agama, masyarakat dan belia serta aktivis turut menyediakan barangan keperluan untuk diagihkan kepada 300 keluarga kurang bernasib baik di lima daerah merata negara.

Projek Hallow dimulakan pada April 2020 semasa pandemik COVID-19 untuk membantu memenuhi keperluan asas keluarga memerlukan tanpa mengira latar belakang kaum atau agama.

Inisiatif itu diadakan pada April kerana bertepatan dengan sambutan keagamaan seperti Ramadan, Good Friday, Qing Ming dan Chitra Pournami.

Setakat ini, lebih 500 sukarelawan menghulurkan khidmat kepada lebih 1,300 isi rumah, selain 2,600 pekerja hijrahan dan 860 warga emas.

Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan