Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG pikat pelaburan aset tetap S$22.5 bilion tahun lalu; hampir seganda lebih tinggi berbanding 2021

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Feb 2023 02:36PM Dikemas Kini : 09 Feb 2023 10:08PM
SINGAPURA:Singapura mencatat rekod tertinggi sebanyak S$22.5 bilion dalam pelaburan asing pada 2022.

Demikian menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) pada Khamis (9 Feb).

Jumlah itu hampir dua kali ganda daripada S$11.8 bilion pada tahun sebelumnya.

Ia juga jauh melepasi sasaran tahunan 8 hingga 10 bilion dolar untuk jangka sederhana hingga jangka panjang.

Sektor Elektronik membentuk dua pertiga daripada pelaburan, dengan komitmen hampir S$15 bilion.

Sektor itu mencatat aliran masuk luar biasa bagi projek-projek besar pengilangan pada separuh pertama tahun lalu.

Pelaburan itu dijangka mewujudkan lebih 17,000 pekerjaan pada tahun-tahun akan datang.

Bagaimanapun EDB tidak menjangkakan tahap pelaburan yang sama tahun ini, di tengah-tengah ketidaktentuan global, serta persaingan global yang meningkat untuk pelaburan.

Pengerusi EDB Beh Swan Gin berkata kadar faedah yang lebih tinggi akan menyebabkan permintaan merosot dan kos modal yang lebih tinggi.

"Kedua-duanya akan menyebabkan syarikat-syarikat lebih berhati-hati sebelum membuat pelaburan yang lebih besar," kata beliau.

Tambahan lagi, banyak ekonomi maju sudah memperkenalkan "dasar yang sangat agresif".

"Amerika Syarikat, sebagai contoh, memperkenalkan Akta Cip, mereka memperkenalkan Akta Pengurangan Inflasi. Ini merupakan insentif yang sangat menarik yang akan berdaya saing bagi pelaburan yang sama dengan Singapura," kata beliau.

Komitmen Singapura untuk mengurangkan jejak karbon bermakna ia perlu lebih berhemah sewaktu menarik pelaburan yang banyak bergantung kepada penggunaan tenaga.
Sumber : CNA/MM/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan