Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG peruntuk lagi S$150 juta sokong inovasi sektor kewangan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Nov 2022 01:18PM Dikemas Kini : 02 Nov 2022 10:46PM
SINGAPURA: Singapura akan memperuntukkan S$150 juta lagi bagi tempoh tiga tahun akan datang untuk memberi sokongan lanjut kepada inovasi dalam sektor kewangan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Lawrence Wong berkata Skim Teknologi dan Inovasi yang dipertingkat akan memberi tumpuan kepada teknologi kewangan dalam bidang-bidang baru seperti sekitaran, sosial dan urus tadbir.

Sejak 2015, lebih S$300 juta dalam bentuk geran telah diberikan bagi membiayai kira-kira 1,500 projek.

Berucap di perasmian Festival Teknologi Kewangan Singapura pada Rabu (2 Nov), DPM Wong berkata skim itu telah membuahkan banyak hasil positif.

Antaranya, ia menjadi pemangkin kepada usaha pihak industri untuk menggunakan teknologi-teknologi terbaru.

Di samping itu, lebih 200 pekerjaan baru diwujudkan dengan penubuhan makmal-makmal inovasi baru.

Ia juga membantu menyokong pertumbuhan syarikat pemula menjadi pemain utama teknologi yang menawarkan khidmat kewangan.
Sumber : CNA/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan