Skip to main content

Singapura

SG pertingkat usaha tambah bakat, guna AI dalam sektor penerbangan

Singapura akan meningkatkan usaha untuk menambah bakat dan mempercepat penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam sektor penerbangan.

Anggaran Waktu Membaca:
SG pertingkat usaha tambah bakat, guna AI dalam sektor penerbangan

(Gambar: Facebook/ Sun Xueling)

Diterbitkan : 18 Jul 2025 04:29PM Dikemas Kini : 18 Jul 2025 04:30PM
SINGAPURA: Singapura akan meningkatkan usaha untuk menambah bakat dan mempercepat penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam sektor penerbangan.

Para pelajar kini boleh memilih lebih banyak kursus bidang penerbangan yang ditawarkan oleh sembilan institusi pendidikan.

Di peringkat industri pula, satu inisiatif baharu AI akan dilaksanakan.

Satu laporan mendedahkan bahawa sehingga 30 peratus pekerjaan dalam sektor penerbangan akan direka semula dalam masa lima tahun akan datang.

Ia disebabkan pendigitalan, mengubah proses yang banyak menggunakan tenaga manusia.

Permintaan bagi pekerja mahir juga akan meningkat kerana permintaan bagi khidmat penerbangan dijangka melambung tinggi.

Sehubungan dengan itu, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) akan melancarkan satu inisiatif S$200 juta untuk menarik, memajukan dan mengekalkan para pekerja sektor penerbangan.

Menteri Negara Kanan Pengangkutan, Sun Xueling berkata demikian di satu acara kerjaya dan pendidikan pada Jumaat (18 Jul), yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapore.

Menurutnya langkah-langkah itu akan mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai hab penerbangan sejagat.

Tambah beliau lagi, permintaan bagi khidmat penerbangan akan terus kukuh pada masa depan dan Asia-Pasifik bakal menjadi rantau yang paling pesat berkembang.

Lapangan terbang Changi, tambah Cik Sun, dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan perkembangan itu termasuk dengan pembinaan Terminal 5.
Sumber : CNA/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita