SG pertingkat langkah berjaga-jaga mpox; pemeriksaan suhu badan dan visual di pusat pemeriksaan udara, laut
Anggaran Waktu Membaca:

Dewan ketibaan di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi yang akan dibuka semula pada 13 Sep 2022. (Gambar: Grace Yeoh/CNA)
SINGAPURA: Bermula Jumaat (23 Ogos), pemeriksaan suhu badan dan visual akan dijalankan di lapangan terbang Changi dan Seletar, khususnya ke atas pelawat dan anak kapal penerbangan dari tempat-tempat yang mungkin terdedah kepada risiko penularan mpox, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) menerusi satu kenyataan pada lewat Khamis (22 Ogos).
Setakat ini, tiada penerbangan langsung antara Singapura dan mana-mana negara wabak mpox.
Pemeriksaan serupa akan dijalankan di pusat pemeriksaan laut bagi penumpang dan kru kapal dari kawasan-kawasan terjejas mpox.
Pemeriksaan itu sebahagian daripada langkah berjaga-jaga terhadap mpox.
"Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan akan melaksanakan pelbagai langkah berjaga-jaga untuk meningkatkan keupayaan pengawasan kami di sempadan, terhadap mpox," menurut MOH.
Kementerian itu menambah bahawa pihaknya sedang memantau situasi global dengan sangat teliti.
Sejauh ini, penularan wabak hanya berlaku di Afrika, dengan dua kes mpox lebih teruk, jenis Clade I dilaporkan di Sweden dan Thailand. Namun, tidak ada laporan virus merebak di kedua-dua negara itu.

Dalam pada itu, MOH mengesahkan bahawa 13 kes mpox dikesan di Singapura setakat 22 Ogos 2024, semuanya merupakan jangkitan Clade II yang kurang teruk. Tidak ada kes mpox Clade I dikesan di Singapura sejauh ini.
Makluman kesihatan sudah dipasang di pusat pemeriksaan udara agar pelancong mengambil langkah berjaga-jaga untuk elak dijangkiti mpox.
"Para pelancong sangat digalakkan mematuhi makluman itu, terutama sekali jika mereka pergi ke dan dari negara-negara terjejas. Pelancong yang mengalami demam, ruam dan/atau gejala-gejala mpox akan dirujukkan bagi penilaian perubatan," tambah MOH.
Langkah berjaga-jaga untuk mengesan dan menguruskan mpox yang dijalankan sebelum ini, tidak akan diubah.
Semua pelawat perlu melaporkan sebarang simptom berkaitan mpox, seperti demam dan ruam, serta sejarah perjalanan mereka menerusi Kad Ketibaan Singapura.
"Pengamal perubatan perlu memaklumkan MOH tentang semua kes yang disyaki mpox. Kes-kes sedemikian akan diasingkan di hospital, jadi mereka akan diperiksa dan diuji lebih lanjut bagi mpox."
Pengesanan kontak dijalankan bagi semua kes mpox yang disahkan untuk ,menghadkan penularan dalam masyarakat.
Semua kenalan yang dikenal pasti akan dimaklumkan untuk memantau kesihatan mereka bagi simptom mpox dan mendapatkan nasihat perubatan jika tidak sihat. Kontak rapat juga akan ditawarkan menjalani vaksinasi untuk mengurangkan risiko jangkitan mpox.
MOH menyatakan bahawa pendekatan vaksinasi sedia ada "memberi tumpuan kepada orang yang berisiko tinggi dijangkiti, seperti hubungan rapat kes mpox".
"MOH memantau keadaan dengan teliti dan akan menyesuaikan strategi vaksinasi kami dengan sewajarnya. Buat masa ini, vaksinasi mpox bagi semua penduduk tidak disyorkan, memandangkan epidemiologi penyakit sekarang ini."
Mereka yang pulang terutamanya dari negara yang terjejas mpox, harus mendapatkan rawatan perubatan segera jika mengalami gejala, termasuk demam atau ruam, dalam masa 21 hari selepas kembali ke Singapura.
Mereka harus memaklumkan kepada doktor tentang sejarah perjalanan dan pendedahan mereka, kata MOH.
"Melaksanakan tanggungjawab peribadi, terutamanya apabila bergejala, dan mengamalkan kebersihan diri yang baik kekal berkesan dalam mengurangkan risiko penularan mpox kepada penduduk umum," tambah MOH.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.