SG peroleh data daripada perakam suara kokpit & perakam data penerbangan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Pembaca CNA
SINGAPURA: Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan sudah mendapatkan data daripada perakam suara kokpit dan data penerbangan pesawat SQ321.
Ini didedahkan Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat di luar satu acara perniagaan pada hari ini (24 Mei).
"Kami ada sebuah pasukan di Bangkok dan mereka telah mendapatkan data dari perakam suara kokpit dan juga perakam data penerbangan. Mereka sedang meneliti data itu untuk mengenal pasti apa yang terjadi ketika insiden tersebut," kata Encik Chee.
"Jadi, kita nantikan hasil siasatan untuk memahami apa yang terjadi ketika itu."
Sementara itu, Encik Chee memuji anak kapal pesawat SQ321 atas profesionalisme dan dedikasi mereka, meskipun mereka turut cedera.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kami dari Thailand, pihak berkuasa Thai, pasukan doktor dan jururawat di hospital atas bantuan mereka dalam menyelamatkan penumpang dan anak kapal yang terjejas, memberi mereka rawatan, memudahkan perjalanan mereka pulang ke tanah air," tambahnya.

Sumber : CNA/NY/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.