Skip to main content

Singapura

SG perlukan usaha lebih berkesan tangani perubahan iklim

Anggaran Waktu Membaca:
SG perlukan usaha lebih berkesan tangani perubahan iklim

Gambar: SEAS

Diterbitkan : 24 May 2023 07:15PM
SINGAPURA: Singapura belum melakukan secukupnya bagi mencapai matlamat sifar bersih.

Ini berdasarkan satu tinjauan oleh Persatuan Kemampanan Tenaga Singapura (SEAS).

Tambahnya, hasil tinjauan menunjukkan perlunya peluang lebih berkesan bagi menangani perubahan iklim.

70 anggota SEAS terdiri daripada sektor awam dan swasta menyertai tinjauan tersebut.

Lebih 70 peratus percaya Singapura belum bergerak cukup pantas bagi mencapai sasaran sifar bersih pelepasan karbon.

Lebih separuh percaya para penduduk Singapura bakal terjejas akibat perubahan iklim dalam 10 tahun akan datang.

Ini walaupun pelbagai langkah telah diambil.

Hampir 30 peratus pula yakin, warga Singapura akan teruk terjejas.

Para angota SEAS yang ditinjau juga percaya, tiga peluang terbesar bagi memajukan sasaran iklim bagi serantau adalah kerjasama rentas sempadan, dasar yang lebih jelas dan lebih banyak pendanaan hijau.
Sumber : CNA/IQ/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita