SG perlukan lebih ramai rakyatnya bekerja di luar negara, timba pendedahan antarabangsa
Meskipun baru berusia dua tahun, syarikat Singapura, HomePay, sudah beroperasi merentasi sempadan dan berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaannya.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Meskipun baru berusia dua tahun, syarikat Singapura, HomePay, sudah beroperasi merentasi sempadan dan berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaannya.
Lapan kakitangan platform pembayaran kerja-kerja ubah elok ini ditempatkan di ibu pejabatnya di Singapura, manakala pasukan yang terdiri daripada kira-kira 25 pemaju ditempatkan di Jakarta. Ketua Pegawai Teknologi (CTO) syarikat itu, Encik Muhammad Fadhil Kamal, biasanya terbang ke ibu negara Indonesia itu kira-kira empat kali setahun untuk menguruskan pasukan di sana, dan menginap di sana selama kira-kira sebulan setiap kali.
Dengan pengembangan ke Malaysia yang sedang dirancangkan, syarikat fintech (teknologi kewangan) itu memberitahu Mediacorp bahawa semasa pengambilan pekerja, ia menilai kesediaan para pemohon kerja untuk ditempatkan di luar negara.
"Jika mereka ingin menarik perhatian anda, mereka akan berkata 'ya', tetapi anda boleh tahu melalui reaksi mereka bahawa ia tidak sesuai untuk sesetengah pemohon," kata Encik Muhammad Fadhil, 29 tahun.
"Mereka akan berkata 'Saya mahu pergi', tetapi sebaik sahaja anda memberitahu mereka ia adalah selama sebulan atau dua bulan, dan beberapa kali setahun, wajah mereka mula berubah."
Menurut Encik Muhammad Fadhil, para pemohon yang ingin melakukan tugasan di luar negara agak berkurangan berbanding mereka yang lebih suka tinggal di Singapura. Tetapi sebagai seorang bapa baharu, beliau bersimpati dengan keengganan sesetengah calon untuk meninggalkan keluarga mereka bagi tempoh yang lama, katanya lagi.
Meskipun dengan reputasi Singapura sebagai ekonomi global dan terbuka, dan penduduknya dianggap sebagai warga yang banyak melakukan perjalanan ke luar negara, pengalaman kerja di luar negara atau di peringkat antarabangsa masih jarang berlaku dalam kalangan pekerja di sini, yang kebanyakannya teragak-agak untuk berbuat demikian.
Menurut laporan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada November lalu, hanya 3.1 peratus pekerja warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) telah bekerja di luar negara selama sekurang-kurangnya enam bulan.
Ini merupakan kali pertama MOM memantau dan mengeluarkan perangkaan tersebut, dengan menyatakan bahawa syarikat-syarikat global sedang mencari pekerja yang mempunyai pengalaman global atau serantau untuk menggalas peranan kepimpinan.

"Ini menunjukkan perlunya usaha berterusan untuk memperluaskan pendedahan antarabangsa dan mempersiapkan kesediaan kepimpinan tenaga kerja tempatan kita," menurut laporan itu.
Pakar tenaga kerja dan pengambilan pekerja, seperti Cik Samantha Tan dari Jobstreet by Seek, bersetuju bahawa ini adalah isu yang mendesak.
"Memandangkan lebih banyak pertubuhan bekerja merentasi pasaran, terdapat permintaan yang tinggi untuk memperoleh bakat dengan keupayaan merentas fungsi, kefasihan budaya dan berbilang bahasa, serta kemahiran insaniah seperti kesesuaian dan keselesaan bekerja dengan pasukan yang tersebar supaya pertubuhan sedemikian dapat beroperasi dengan lebih berkesan dalam landskap perniagaan yang lebih luas ini," kata Cik Tan, yang merupakan rakan kongsi perniagaan sumber manusia bagi pasaran pekerjaan online.
Tetapi mengapa begitu tidak ramai pekerja Singapura yang mempunyai pendedahan antarabangsa?
Ahli ekonomi buruh Walter Theseira berkata bahawa secara amnya, para pekerja akan mencari pekerjaan di luar negara terutamanya disebabkan oleh ekonomi seperti prospek pekerjaan yang lebih baik atau potensi pendapatan yang lebih tinggi.
"Masalahnya bagi rakyat Singapura ... ialah tiada sebab ekonomi untuk bekerja di luar negara, terutamanya di rantau ini," kata profesor madya di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) itu.
Para pakar buruh dan tenaga kerja menyatakan bahawa pekerjaan di sini bergaji lebih baik daripada yang setaraf di negara-negara jiran dan juga di beberapa negara maju setelah mengambil kira perbelanjaan dan cukai. Oleh itu, adalah tidak menarik bagi rakyat Singapura untuk meninggalkan keselesaan kediaman dan keluarga mereka untuk bekerja di luar negara.
Turut menyumbang kepada keadaan ini ialah struktur pasaran buruh Singapura, di mana tujuh daripada 10 pekerja bekerja dengan syarikat-syarikat Kecil dan Sederhana (SME).
Perniagaan seperti ini secara amnya tidak mempunyai sumber mahupun kehadiran di luar negara untuk menempatkan pekerja mereka di luar negara.
Walaupun rakyat Singapura mungkin berpuas hati untuk terus bekerja di Singapura atas apa yang digambarkan oleh Prof Madya Theseira sebagai "masalah yang menggembirakan", para pakar tenaga kerja dan perniagaan memberi amaran bahawa pekerja akan, apabila mereka mendaki tangga kerjaya, semakin dibandingkan bukan dengan rakan senegara mereka tetapi dengan kumpulan bakat global.
Memandangkan syarikat-syarikat yang ingin mengisi peranan kepimpinan global atau serantau semakin mencari pekerja dengan pengalaman bekerja yang terbukti merentasi pelbagai pasaran, rakyat Singapura yang belum keluar dari zon selesa mereka mungkin kurang bernasib baik.

Sumber : CNA/AW/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.