Skip to main content

Singapura

SG perlu sokongan padu rakyat kepada NS, kata Heng Chee How

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Nov 2022 05:17PM Dikemas Kini : 26 Nov 2022 11:54PM
SINGAPURA: Singapura harus kekalkan sokongan padu masyarakat kepada Perkhidmatan Negara.

Menteri Negara Kanan Pertahanan, Heng Chee How berkata demikian di acara Perbarisan Bersepadu NS55.

Beliau turut menarik perhatian keupayaan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang terus berkembang, bagi memenuhi cabaran pertahanan dan keselamatan yang terus berubah-ubah.

"Kita telah memastikan bahawa sistem Perkhidmatan Negara (NS) terus berkembang menerusi inisiatif seperti Jawatankuasa bagi Mengukuhkan NS serta Jawatankuasa Semakan NS.
Ini bagi memenuhi keperluan operasi kita serta keperluan anggota NS yang turut berubah," kata Encik Heng.

Beliau turut menegaskan bahawa kekuatan sebenar pertahanan terletak pada komitmen bersama para penduduk bagi mempertahankan negara ini, iltizam rakyat untuk berjuang demi tanah air, keluarga serta mereka yang tercinta.

Perbarisan Bersepadu itu turut dianjurkan bagi meraikan 55 tahun Perkhidmatan Negara.

Ia melibatkan sekitar 4,000 rekrut yang sudah tamat Latihan Asas Tentera atau BMT, serta 350 anggota NSmen.

Sekitar 10,000 anggota keluarga serta sahabat handai turut hadir di acara tersebut.

Ini merupakan acara perbarisan terakhir di Pentas Terapung Marina Bay sebelum ia dibangunkan semula menjadi Dataran NS.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita