SG perlu sistem kesihatan mental mudah diakses tanpa diskriminasi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Isu kesihatan mental sememangnya hangat dibahaskan di Parlimen pada Selasa (6 Feb).
Para Anggota Parlimen berkata, Singapura memerlukan sistem kesihatan mental nasional yang kukuh, dimampui dan mudah diakses tanpa mereka menghadapi sebarang stigma atau diskriminasi.
Mereka berkata demikian sebagai reaksi kepada usul agar segala usaha dilakukan bagi melaksanakan satu strategi nasional mengenai kesihatan mental.
Usul berhubung kesihatan mental itu dibentangkan AP GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.
Beliau berkata, kesihatan mental adalah perkara yang memberi kesan besar kepada setiap orang.
Malah ia juga menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian menurut beliau, yang mempengaruhi cara kita belajar, bekerja dan berinteraksi antara satu sama lain.
"Sering kali individu yang mengalami masalah kesihatan mental dituduh kurang iman atau kurang melakukan amal ibadah. Ini adalah pandangan yang bukan hanya menyalahkan mereka yang memerlukan bantuan tetapi juga dapat memburukkan keadaan kesihatan mental mereka," jelas Dr Wan Rizal.
Beliau menyentuh mengenai perlunya untuk mementingkan kesedaran tentang kesihatan mental kerana ia adalah tanggungjawab orang ramai untuk menghilangkan stigma dan menyediakan sokongan yang sesuai kepada individu yang memerlukan bantuan.
Dr Wan Rizal berkata: "Harapan saya adalah kita dapat membina masyarakat yang lebih prihatin dan bersedia untuk membantu individu yang mengalami masalah kesihatan mental tanpa menghakimi mereka."
Lebih 25 AP dijadual bercakap tentang isu itu pada Selasa dan Rabu, dengan penjawat politik juga dijangka memberikan pandangan mereka pada Rabu.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.