SG perlu siap sedia bagi lebih banyak jerebu & gelombang haba pertengahan tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: CNA/Hanidah Amin)
SINGAPURA: Penduduk perlu bersiap sedia bagi lebih banyak cuaca berjerebu dan gelombang haba sekitar pertengahan tahun ini.
Institut Ehwal Antarabangsa Singapura menyatakan suku pertama tahun ini adalah lebih panas dan kering berbanding tahun-tahun kebelakangan ini.
Malah tambahnya jerebu berlaku lebih awal tahun ini.
Singapura mencatatkan rekod-rekod baharu dalam paras suhu tinggi dan hujan pada 2025.
Ia merupakan bulan Mac paling banyak hujan dalam sejarah,
sementara Jun dan November merupakan yang paling panas dalam sejarah kedua-dua bulan tersebut.
2025 SAKSIKAN JUMLAH HUJAN LUAR BIASA DI SG
Permulaan 2025 menyaksikan jumlah hujan yang luar biasa di Singapura ekoran fenomena La Nina serta tiga monsun timur laut lebih kencang.
Singapura mengalami hujan berlarutan, angin kencang dan suhu lebih rendah.
Secara keseluruhan, 2025 merupakan tahun di tangga ketujuh dalam sejarah, yang mencatat paling banyak hujan sejak 1980.
Namun, pada separuh kedua tahun lalu, cuaca berubah, lantas menjadikan 2025 tahun kelapan terpanas Singapura sejak 1929.
Antara tempat yang mencatatkan bacaan haba tertinggi di Singapura ialah Palawan Green Sentosa, iaitu 35 darjah Celsius.
Untuk mengatasi cabaran paras haba yang meningkat ini, pihak pengurusan Sentosa merancang memperkenalkan 'nod sejuk' dan 'zon sejuk'.
Antara ciri-cirinya termasuk menggunakan cat penyejuk di permukaan laluan pejalan kaki, payung lebih besar sebagai tempat berteduh, dan sistem semburan air kabus.
Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) juga bekerjasama dengan pasukan pengkaji di Universiti Nasional Singapura (NUS) agar dapat mencari huraian yang berlandaskan alam sekitar.
BARAT SG CATAT BULAN, HARI PALING SEJUK PADA 2025
Bahagian barat Singapura mencatat bulan dan hari paling sejuk tahun lalu.
Misalnya, estet Tengah mengalami purata suhu 26.2 darjah Celsius pada Januari 2025.
Pada 2 Julai 2025 pula, suhu di Choa Chu Kang menjunam ke paras 21 darjah Celsius.
Di bahagian timur Singapura pula, bulan paling panas dicatatkan pada Jun 2025 di Tai Seng, dengan purata suhunya mencecah 29.6 darjah Celsius.
Hari paling panas dicatat di Paya Lebar pada 12 April dan 24 Mei, iaitu 36.2 darjah Celsius.
Dalam pada itu, Pulau Tekong mencatat jumlah hujan tertinggi pada 10 Januari 2025 iaitu hampir 242 milimeter hujan.
Malah, di Kallang pada Mac tahun lalu, jumlah hujan yang diterimanya berjumlah 612 milimeter.
Tiupan angin paling kencang pula dicatatkan di Pulau Semakau, dengan angin sekencang lebih 83 kilometer sejam.
Jabatan Kaji Cuaca menyatakan bahawa peristiwa-peristiwa cuaca ekstrem seperti itu menekankan peri pentingnya penyesuaian iklim.
Kementerian Kemampanan dan Sekitaran menetapkan tahun 2026 ini sebagai Tahun Penyesuaian Iklim,
dengan agensi-agensi berharap dapat memperkukuh ramalan cuaca dan unjuran iklim.

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.