Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG perlu rancang masa depan demi kemaslahatan generasi seterusnya: PM Lee

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Meskipun Singapura memberi tumpuan dalam usaha mengemudi sekitaran sedia ada yang tidak menentu, kita juga mesti merancang bagi masa depan dan generasi-generasi akan datang.

Demikian menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam catatannya di Facebook pada Selasa (11 Apr).

PM Lee berkata demikian semasa menyentuh tentang Ucapan Presiden Halimah Yacob di parlimen pada Isnin.

Dalam catatan beliau, PM Lee juga memaklumkan bahawa beliau bakal menyampaikan ucapan dalam perbahasan mengenai Ucapan Presiden Halimah, minggu depan.

Para Anggota Parlimen juga bakal memberikan ucapan dalam perbahasan tersebut.

PM Lee juga menarik perhatian bahawa beliau mengalu-alukan perbincangan idea bagi membina Singapura yang lebih baik dan cerah untuk semua.
Puan Halimah Yacob merasmikan pembukaan semula semalam parlimen selepas penggal direhatkan separuh penggal sebelum ini.

Dalam ucapannya, Puan Halimah menggariskan empat keutamaan bagi baki penggal pemerintah.
Ini termasuk memperluaskan peluang sepanjang jayat bagi semua, tanpa mengira latar belakang serta mempertingkat jaringan keselamatan sosial bagi membantu rakyat Singapura menangani gangguan dan rintangan dalam kehidupan dengan lebih baik.

Ia juga menekankan perlunya usaha jangka panjang bagi membina bandar yang hijau, terhubung dan boleh didiami serta memperkukuh tanggungjawab bersama kita dalam membentuk kompak baru kita.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan