SG perlu lakukan lebih banyak lagi untuk tangani trend pesalah dadah muda: Teo Chee Hean
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: iStock
SINGAPURA: Pihak berkuasa bimbang dengan satu dapatan tinjauan bahawa penyalahgunaan dadah dalam kalangan warga Singapura bermula sebelum usia 16 tahun, dan di rumah, di mana golongan muda seharusnya berada di bawah pengawasan ibu bapa dan dalam keadaan selamat.
Demikian menurut Menteri Kanan Teo Chee Hean pada Rabu (3 Mei).
Disebabkan kesan jangka panjang penyalahgunaan dadah, Singapura akan memperhebat usaha untuk menangani ancaman najis dadah tersebut, tambahnya.
Encik Teo, yang juga merupakan Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, berkata demikian semasa Seminar Pelan Kerja Biro Narkotik Pusat, yang bertepatan dengan pendedahan dapatan tinjauan kesihatan dan gaya hidup oleh Institut Kesihatan Mental (IMH).
Tinjauan tersebut, yang dilakukan antara April 2021 dengan Julai 2022, mendapati bahawa usia purata mereka yang mula mengambil dadah adalah 15.9 tahun. Malah, dadah diambil di rumah bagi sebilangan 30 peratus daripada responden yang mengambil dadah pada tahun lalu.
Dalam ucapannya, Encik Teo menarik perhatian mengenai "usaha yang dipertingkatkan untuk mendidik masyarakat awam terutama sekali belia, tentang kemudaratan dadah".
"Kami juga sedang membanteras maklumat salah dan lonjakan dalam pandangan liberal berkait dadah di media asing dan media sosial - sesuatu yang mudah terdedah kepada belia kita," ujar Encik Teo.
'CEGAH BAHAYA'
Encik Teo juga membuat perbandingan antara pendekatan Singapura, iaitu "mencegah bahaya" berbanding "mengurangkan bahaya" yang diamalkan negara-negara lain.
Negara-negara yang mengamalkan pendekatan mengurangkan kemudaratan, yang merupakan pendekatan untuk mengurangkan masalah yang berbangkit daripada penggunaan dadah yang meluas, memilih untuk mengambil jalan ini "kerana keadaan yang mereka dapati di mana dadah menjadi begitu berleluasa", katanya.
"Penggunaan dadah menjadi sangat meluas dan menyerap ke dalam masyarakat mereka, sehingga sistem penguatkuasaan, keadilan, jagaan kesihatan dan sokongan sosial mereka sedang bergelut untuk mengatasinya," tambahnya.
"Mereka menggunakan strategi yang sukar, kerana mereka sudah mencapai tahap di mana mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain membenarkan dadah diedarkan dan digunakan secara terbuka, walaupun ia diketahui membahayakan rakyat mereka."
Strategi sedemikian termasuk mengawal jangkitan penyakit bawaan darah daripada penagih yang berkongsi jarum, jelas Encik Teo.
Encik Teo turut menekankan bahawa sebilangan besar warga Singapura jelas "terus menyokong undang-undang dadah yang tegar, termasuk hukuman mati bagi jenayah serius seperti pengedaran dadah".
Encik Teo berkata: "Warga Singapura memahami bahawa ia adalah sebahagian daripada sistem langkah-langkah menyeluruh kami dalam memastikan Singapura, dan terutama sekali anak-anak kami, selamat."

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.