Skip to main content

Singapura

SG perlu kekal terbuka untuk pacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi

Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) menegaskan bahawa ia adalah genting bagi Singapura untuk kekal terbuka serta mengalu-alukan bakat asing demi memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi.
 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Apr 2025 07:51PM Dikemas Kini : 08 Jul 2025 08:06PM
SINGAPURA: Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) menegaskan bahawa ia adalah genting bagi Singapura untuk kekal terbuka serta mengalu-alukan bakat asing demi memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi.

Menurut SNEF, gabungan tenaga kerja tempatan dan asing dapat membantu Singapura mengemudi dengan lebih baik lagi persekitaran yang kompleks serta pesat berubah.

Presiden SNEF Tan Hee Teck turut menekankan peri perlunya merubah tenaga kerja tempatan demi keperluan masa depan.

Para majikan dan pekerja menurut beliau harus mendakap serta melabur dalam teknologi, terutama bagi menghadapi kemunculan kecerdasan buatan (AI).

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa SNEF juga mahu membantu para majikan membina tenaga kerja yang fleksibel dan seimbang demi memenuhi keperluan golongan pekerja yang pelbagai.

Encik Tan juga akur bahawa majikan yang mendakapi kepelbagaian dan bersifat inklusif akan meraih manfaat kerana dapat menarik dan mengekalkan pekerja yang lebih berbakat.

Menurutnya, para pekerja juga akan berasa lebih yakin tentang persekitaran kerja yang adil dan harmoni.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita