Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG perlu kekal sebagai hab perniagaan boleh dipercayai dan cekap, tegas SM Teo

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Jul 2024 02:23PM Dikemas Kini : 25 Jul 2024 01:58AM
SINGAPURA: Menteri Kanan Teo Chee Hean berkata kestablian Singapura tidak boleh dipandang remeh, di tengah-tengah cabaran seperti gangguan bekalan rantaian dan halangan kepada perdagangan yang meningkat.

SM Teo menambah bahawa isu sedemikian menjejas perniagaan tempatan.

Berucap di sidang puncak perniagaan serantau, Encik Teo berkata bahawa kebolehpercayaan dan kecekapan Singapura adalah ciri premium.

"Singapura terus menjadi hab yang boleh dipercayai dan cekap bagi perniagaan. Dalam pengangkutan dan ketersambungan, keupayaan untuk menarik individu berbakat yang diperlukan, selaras dengan kemajuan terkini di rantau ini dan seluruh dunia," kata Encik Teo.

"Kami mengekalkan dan membina hubungan dengan semua. Jadi pada waktu susah dan tidak menentu, di dalam negara, dan antara negara dan wilayah, kami kekal sebagai tempat yang aman dan stabil, konsisten dan boleh dipercayai," tambah Encik Teo.

Beliau menambah bahawa Singapura bantu membentuk persekitaran lebih berdaya tahan buat perniagaan.

Terdapat kemajuan dalam infrastruktur melalui grid kuasa serantau dan pembayaran QR rentas sempadan.

Kemajuan tersebut diharapkan dapat membuat perniagaan di rantau ini lebih mudah untuk dijalankan.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan