SG perlu imbangi antara melindungi pekerja, fleksibiliti perniagaan: MOM
Anggaran Waktu Membaca:
Dyson buka kedai demonstrasi pertamanya di Funan.
SINGAPURA: Untuk kekal menarik kepada syarikat-syarikat, Singapura perlu mencapai keseimbangan yang betul antara kebajikan pekerja dengan pendirian negara yang menyokong perniagaan, kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad di parlimen pada Selasa (15 Okt).
Beliau menjawab soalan Anggota Parlimen mengenai pemberhentian pekerja dan langkah memaklumkannya kepada kesatuan sekerja lebih awal, menyusuli pemberhentian baru-baru ini dalam syarikat perkakas pengguna Dyson.
United Workers of Electronics & Electrical Industries (UWEEI) menyatakan ia hanya diberi notis sehari, dan isu itu dibawa kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM). Dyson merupakan syarikat di bawah kesatuan UWEEI.
Encik Zaqy berkata kementerian sudah mendampingi pihak-pihak tersebut, dan kedua-duanya bersetuju untuk bekerjasama "dalam semangat perikatan tiga pihak".
Beliau menyatakan bahawa di beberapa negara lain, kesatuan sekerja dan majikan mempunyai hubungan yang lebih bersifat konfrontasi, atau pasaran buruh yang lebih ketat.
"Ini menjadikan sebuah negara kurang menarik untuk syarikat melabur," katanya, sambil menambah perlu ada keseimbangan yang baik antara melindungi pekerja dengan memberikan sedikit kelonggaran untuk perniagaan.
"Jika kita tidak mendapat keseimbangan yang betul, kita mungkin rasa bahawa kita melindungi pekerja kita dalam jangka pendek. Tetapi dalam jangka panjang, pekerjaan yang baik untuk pekerja kita mungkin berkurangan," katanya.
Ini kerana Singapura boleh menjadi tempat yang kurang menarik untuk syarikat melabur dan firma boleh memilih untuk beroperasi di luar negara atau mendapatkan khidmat dari luar, kata Encik Zaqy.
Beliau berkata perniagaan perlu mempunyai kelonggaran untuk menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran dan mengubah model perniagaan mereka, dan Singapura perlu mengekalkan daya saing ekonominya.
KEPERCAYAAN ANTARA KESATUAN, MAJIKAN
Dalam kes Dyson, Encik Zaqy berkata tempoh notis yang diberikan kepada kesatuan sekerja boleh dirunding kerana pekerja yang diberhentikan tidak mempunyai kesatuan sekerja.
Bagi pekerja dalam kesatuan sekerja, kebiasaannya adalah untuk memaklumkan kepada kesatuan sekerja sebulan sebelum memaklumkan kepada pekerja.
Syarikat itu sudah menjelaskan mengapa ia tidak dapat memberikan notis lebih awal kepada kesatuan itu, menurutnya, sambil menambah bahawa perniagaan mungkin mempunyai kekangan mereka sendiri.
"Dyson melakukan pemberhentian baru-baru ini mengikut undang-undang kami dan nasihat perikatan tiga pihak," katanya.
Syarikat itu menyerahkan pemberitahuan pemberhentian yang diperlukan kepada MOM tepat pada masanya, dalam tempoh lima hari bekerja selepas memaklumkan kepada pekerja yang terjejas, kata Encik Zaqy.
Selain itu, firma tersebut turut menyediakan faedah pemberhentian kerja kepada pekerja yang berkhidmat dengan syarikat itu kurang daripada dua tahun, yang sebenarnya tidak layak jika berdasarkan aturan tempatan.
Encik Zaqy berkata kepercayaan antara kesatuan dengan majikan penting untuk mereka bekerjasama dengan berkesan.
"(Kepercayaan) ini tidak boleh dipandang remeh, dan ia perlu dibina dari masa ke semasa. Syarikat harus menghargai budaya perikatan tiga pihak Singapura dan bekerjasama dengan kesatuan sekerja," katanya.
Menguruskan isu pemberhentian kerja bukanlah mudah, tambahnya.
"Kita perlu terus mencapai keseimbangan yang betul antara kepentingan perniagaan, sambil memastikan pekerja kita kekal dilindungi dan disokong dengan baik semasa tempoh gangguan yang sukar ini."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.