Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG perlu ekonomi terbuka, bawa masuk bakat asing demi lengkapi tenaga kerja tempatan: Zaqy

Anggaran Waktu Membaca:
SG perlu ekonomi terbuka, bawa masuk bakat asing demi lengkapi tenaga kerja tempatan: Zaqy

Gambar: Zaqy Mohamad/Facebook

Diterbitkan : 04 Jul 2024 06:50PM Dikemas Kini : 04 Jul 2024 06:54PM
SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad berkata Singapura mengamalkan strategi serampang berbilang mata dalam soal bakat.

Berucap di Sidang Puncak Pekerjaan Asia-Pasifik, beliau berkata ini termasuk tempat kerja yang progresif.

Beliau juga menjelaskan peri perlunya ekonomi terbuka di mana syarikat-syarikat boleh membawa masuk bakat luar demi melengkapi tenaga kerja tempatan.

"Memang semula jadi dan boleh difahami keinginan mahu melindungi mata pencarian. Tetapi pada masa yang sama jika anda tidak melakukannya dengan betul, anda akan mendapati bahawa kami akan rugi dan hilang peluang kerana masyarakat antarabangsa ingin terus melabur," jelas Encik Zaqy.

"Tetapi jika anda menutup ekonomi anda, akan menjadi sukar untuk menjadi hab antarabangsa. Anda akan hilang peluang, anda akan hilang pelaburan, dan oleh itu sangat sukar untuk mencipta pekerjaan baharu atau kekal relevan dalam masyarakat antarabangsa," tambahnya.

Satu lagi komponen strategi itu melibatkan pengukuhan kesihatan kerjaya.

Encik Zaqy berkata pembangunan kerjaya bukan hanya tanggungjawab sumber manusia (HR) atau majikan.

Para pekerja yang juga harus proaktif kata beliau.
Sumber : CNA/SM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan