SG perlu cungkil bakat berwibawa untuk berkhidmat kepada negara
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata setiap generasi perlu mencari cara untuk merangsang rakyat Singapura yang terbaik dan komited supaya mereka akan tampil dan berkhidmat untuk negara.
Untuk melakukan demikian, Pemerintah perlu memastikan bahawa sistem sedia ada kekal jujur, bersih dan dihormati.
Sambil menarik perhatian kepada kemajuan Singapura sepanjang 60 tahun lalu, Encik Chan menekankan adalah penting bagi Singapura mempunyai kepimpinan yang kukuh dan kohesif di tengah-tengah dunia yang semakin bergolak.
Encik Chan berkata demikian kepada lebih 600 penduduk dan pemimpin akar umbi semasa sambutan Tahun Baharu Cina di kawasan undinya di GRC Tanjong Pagar pada Sabtu (8 Feb).
"Jika kami boleh berbuat demikian, jika kami boleh memberi inspirasi kepada orang yang berwibawa untuk tampil dan berkhidmat dalam pasukan pimpinan baharu dan kohesif, maka saya cukup yakin kami boleh terus mencabar perjalanan sejarah, di mana kami akan bertahan selama 100 tahun," kata Encik Chan.
"Bahawa setiap generasi rakyat Singapura akan menemui mereka yang mempunyai nilai yang betul untuk tampil, bekerja sebagai satu pasukan, dan bukan hanya melakukan yang terbaik untuk diri mereka atau keluarga mereka, tetapi melakukan yang terbaik bagi negara dan Singapura yang lebih luas," tambahnya.

Sumber : CNA/DY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.