SG perlu berada dalam kedudukan kukuh untuk harungi pelbagai peristiwa membimbangkan, kata PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee Hsien Loong bertemu rakyat Singapura yang berpangkalan di Guangdong. (Gambar: MCI/Terence Tan)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura perlu berada dalam keadaan baik yang istimewa agar dapat mengharungi pelbagai peristiwa membimbangkan yang sedang berlaku di merata dunia.
Ini termasuk perang Rusia-Ukraine dan ketegangan hubungan antara Amerika Syarikat dengan China.
PM Lee berkata demikian semasa bertemu rakyat Singapura di Guangzhou, China.
Menurut PM Lee, walaupun peristiwa-peristiwa itu berlaku jauh dari Singapura, ia memberi kesan yang pantas kepada rakyat Singapura di tanah air dan juga di luar negara.
Namun PM Lee berkata beliau percaya menerusi kerjasama rakyatnya, Singapura mampu menangani masalah-masalah yang timbul.
Sekitar 150 rakyat Singapura menghadiri acara bertemu PM Lee, termasuk para pelajar dan peniaga.
PM Lee memberitahu mereka, banyak yang boleh diraikan Singapura kerana berjaya bangkit lebih kukuh daripada pandemik COVID-19.
Sungguhpun demikian, Singapura perlu terus membuat persiapan menghadapi cabaran-cabaran baru yang muncul.
Beliau menambah bahawa Singapura boleh melakukan lebih baik daripada apa yang sudah diusahakannya sebelum ini.
PM Lee sedang dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China.
Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping dan rakan sejawatannya, Li Qiang serta para pemimpin China yang lain di ibu kota Beijing pada lewat minggu ini.

Sumber : CNA/MU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.