SG perkukuh keselamatan siber bagi prasarana penting
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura sedang mengukuhkan lagi keselamatan sibernya bagi prasarana penting seperti perkhidmatan kereta api dan elektrik.
Ini termasuk menerusi satu perjanjian menyediakan lebih banyak latihan bagi para pengamal keselamatan siber yang akan mendedahkan mereka kepada amalan profesional dan latihan siber.
Singapura juga memeterai satu perjanjian dengan penyedia khidmat global, Fortinet, untuk berkongsi maklumat risikan mengenai potensi ancaman siber.
Sebanyak 14 syarikat berikrar untuk memastikan produk masing-masing, selamat.
Syarikat-syarikat tersebut membekalkan peralatan dan huraian yang digunakan dalam prasarana penting.
Menyifatkan keselamatan siber sebagai satu usaha berpasukan, Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo memberi penghargaan kepada lebih 60 rakan kongsi dan pakar di atas sokongan mereka.
"Mereka merupakan pemain antarabangsa. Jadi kami harap inisiatif ini bukan hanya memanfaatkan Singapura tapi akan ada kesan meluas sedang amalan-amalan terbaik ini diterapkan cara lebih luas," tambah Cik Teo.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.