Skip to main content

Singapura

SG perkenal hidangan siap dimakan bagi bekalan makanan darurat

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Feb 2025 05:21PM Dikemas Kini : 15 Feb 2025 10:10PM
SINGAPURA: Sebanyak 150,000 hidangan makanan akan dibekalkan dalam usaha membantu Singapura lebih bersiap siaga bagi menghadapi kecemasan.

Ia merupakan pengagihan hidangan siap dimakan yang terbesar dijalankan Singapura.

Ia menjadi penting apabila berlakunya kekurangan bekalan makanan, gangguan daya tenaga besar-besaran, atau sekiranya pilihan memasak terhad.

Latihan tersebut melibatkan kerjasama antara SATS, Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Kementerian Pendidikan (MOE).

Antara hidangan berkhasiat siap dimakan yang disediakan bagi memenuhi cita rasa rakyat Singapura termasuk nasi beriani dan kari ayam serta pasta marinara sayuran.
Hidangan siap dimakan itu boleh bertahan selama lapan bulan dan dimakan pada suhu bilik. (Gambar: CNA/Mak Jia Kee)
Setelah menjalani proses pemanasan dan dibungkus, hidangan tersebut boleh bertahan selama lapan bulan.

Ia tidak mengandungi bahan pengawet dan boleh dimakan pada suhu bilik.

Untuk memastikan piawai keselamatan yang tinggi sejajar dengan penanda aras antarabangsa yang ditetapkan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA), kerja-kerja yang dilakukan melampaui kawasan dapur.

"Mereka pergi ke ladang-ladang untuk menjalankan pemeriksaan, untuk memastikan agar semua proses menanam dan menuai serta mencuci bahan-bahan mentah adalah betul," kata Ketua, Inovasi & Pembangunan Produk, SATS, Jean Sin.

Cik Sin berkata: "Kami juga memeriksa bungkusan bagi memastikan ia mempunyai bahan pencegah khas yang melanjutkan tarikh luput."

"Kami juga mematuhi piawai sangat tinggi yang ditetapkan FDA untuk memastikan semua produk kami yang disteril memenuhi syarat-syarat penanda aras yang diiktiraf di peringkat global," jelasnya.

Hidangan siap dimakan itu akan dihantar ke sekolah-sekolah, maktab rendah dan pusat penuaan aktif sehingga hujung bulan ini sebagai sebahagian daripada kempen tahunan Pertahanan Mutlak Singapura.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita