SG perkenal garis panduan cegah gangguan khidmat pengkomputeran awan dan pusat data
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Garis panduan dan nasihat untuk mengurangkan berlakunya gangguan pada khidmat pengkomputeran awan dan pusat data diumumkan pada Selasa (25 Feb) oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).
Dengan merujuk kepada piawai antarabangsa dan industri sedia ada, garis panduan itu akan membantu para penyedia khidmat pengkomputeran awan dan pusat data untuk melaksanakan langkah penilaian risiko, analisis impak perniagaan, perancangan kesinambungan perniagaan dan protokol keselamatan siber.
Ia juga bermatlamat untuk menangani risiko terhadap khidmat pengkomputeran awan dan pusat data, seperti isu dalam tetapan teknikal, bahaya fizikal seperti kebakaran, kebocoran air dan sistem pendinginan, serta serangan siber.
Pada Oktober 2023, DBS dan Citibank mengalami gangguan selama lebih 12 jam. Para pelanggan tidak dapat mengakses aplikasi bank dan khidmat perbankan online atau pembayaran seperti PayLah! dan PayNow. Khidmat ATM juga terjejas di beberapa lokasi.
Pada September tahun lalu, kebakaran berlaku di pusat data Digital Realty di Loyang, menyebabkan gangguan pada syarikat teknologi seperti Lazada, Bytedance dan Alibaba Cloud.
Gangguan pada khidmat sedemikian boleh membawa kepada kesulitan yang ketara dan memberi kesan buruk kepada ekonomi Singapura, menurut IMDA.
Ekonomi digital Singapura menyumbang 17.7 peratus kepada hasil dalam negeri kasar (GDP) negara pada 2023, mengatasi sektor kewangan dan insurans.
"Dengan amalan-amalan yang betul, gangguan seperti itu dapat dikurangkan, dan perkhidmatan boleh dipulihkan dengan pantas apabila gangguan berlaku," tegas pihak berkuasa.
GARIS PANDUAN BAGI KHIDMAT PENGKOMPUTERAN AWAN DAN PUSAT DATA
Langkah-langkah yang disarankan kepada penyedia khidmat pengkomputeran awan akan menggalakkan mereka untuk melaksanakan tadbir urus data yang betul dan merancang untuk pemulihan bencana, antara langkah-langkah lain.
Garis panduan itu akan memberi tumpuan kepada tujuh kategori: Tadbir urus pengkomputeran awan, keselamatan infrastruktur pengkomputeran awan, pengurusan operasi pengkomputeran awan, pentadbiran khidmat pengkomputeran awan, akses pelanggan kepada khidmat pengkomputeran awan, penyewaan dan pengasingan pelanggan, dan daya tahan khidmat pengkomputeran awan.
Bagi pusat data, garis panduan baharu itu akan menyediakan rangka kerja bagi para pengendali menerapkan sistem untuk memastikan kesinambungan perniagaan dan mengurangkan kesan gangguan perkhidmatan.
"Ini termasuk panduan untuk melaksanakan dasar, kawalan dan proses kesinambungan perniagaan, serta mengkaji dan menambah baiknya secara berterusan," kata IMDA, sambil menambah bahawa langkah itu juga akan menangani risiko keselamatan siber di pusat data.
MENINGKATKAN KESELAMATAN DIGITAL SINGAPURA
Berikutan pindaan pada Akta Keselamatan Siber pada 2024 untuk menangani risiko keselamatan siber infrastruktur digital, garis panduan itu turut menyediakan "langkah-langkah tambahan" untuk meningkatkan daya tahan dan keselamatan khidmat pengkomputeran awan, jelas IMDA, sambil menambah bahawa ia juga akan melengkapkan Akta Prasarana Digital (DIA) yang bakal dikuatkuasakan.
Apabila perkembangan dan kemajuan teknologi semakin maju, garis panduan yang diperkenalkan itu juga akan dikemas kini.
“Pendekatan keseluruhan ekosistem diperlukan untuk memastikan ekonomi dan masyarakat kita terus meraih faedah pendigitalan sambil bersedia untuk menguruskan gangguan digital,” kata pihak berkuasa.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.