SG perkemas semakan penyenaraian IPO di bawah pengawal selia bursa
Singapura merancang untuk memperkemas proses penyenaraiannya dengan menggabungkan semakan prospektus dan kesesuaian penyenaraian di bawah SGX RegCo, anak syarikat bebas Bursa Singapura (SGX), menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Rabu (29 Okt).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura merancang untuk memperkemas proses penyenaraiannya dengan menggabungkan semakan prospektus dan kesesuaian penyenaraian di bawah SGX RegCo, anak syarikat bebas Bursa Singapura (SGX), menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Rabu (29 Okt).
Pihak berkuasa kini mendapatkan pandangan orang ramai hingga 29 November mengenai cadangan tersebut, yang bermakna penerbit prospektif hanya akan berurusan dengan SGX RegCo, dan bukan kedua-dua pihak, MAS selaku bank pusat, dan pengawal selia bursa.
MAS akan terus menyelia SGX RegCo dan menguatkuasakan peraturan pendedahan prospektus di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan, menurut kenyataan yang dikeluarkan.
Langkah itu merupakan sebahagian daripada saranan Kumpulan Semakan Pasaran Ekuiti yang ditubuhkan pada 2024 bagi memperkukuhkan daya saing pasaran ekuiti Singapura melalui rejim berasaskan pendedahan yang lebih mesra perusahaan, sambil mengekalkan perlindungan bagi para pelabur.
Secara berasingan, SGX RegCo menyatakan ia akan menurunkan ambang ujian keuntungan bagi penyenaraian baharu "Mainboard" daripada S$30 juta kepada S$10 juta, sejajar dengan bursa utama lain.
“Kami sedang melaksanakan inisiatif untuk memperkukuhkan kedudukan Singapura sebagai hab pasaran modal antarabangsa terkemuka,” kata Ketua Eksekutif SGX RegCo, Tan Boon Gin, dalam kenyataan tersebut.
SGX RegCo juga akan memperhalus kriteria kemasukan bagi syarikat yang belum menjana hasil, termasuk syarikat-syarikat sains hayat, bagi memperluas pilihan para pelabur, tambahnya.
Pihak penerbit masih perlu menyediakan pendedahan yang kukuh, termasuk kelemahan kawalan dalaman yang ketara dan sebarang konflik kepentingan, menurut kenyataan itu.
Langkah penggabungan tersebut melengkapi usaha lain untuk memperkemas proses penyenaraian yang sudah dikaji sebelum ini dan turut disertai langkah-langkah lain yang bertujuan memperkukuh keyakinan para pelabur, menurut MAS.
SGX RegCo juga akan memansuhkan senarai pantauan kewangannya, dengan alasan bahawa senarai itu memberi kesan negatif yang tidak disengajakan terhadap keyakinan perniagaan. Namun, syarikat yang mencatat kerugian selama tiga tahun berturut-turut mesti mendedahkan perkara tersebut, menurut kenyataan itu.
Pengawal selia bursa itu memaklumkan, pihaknya akan, jika sesuai, berunding secara tertutup dengan pihak penerbit mengenai pendedahan mereka bagi “mengelakkan kesan dingin terhadap pasaran”.
“Bagaimanapun, penerbit masih perlu mendedahkan secara terbuka sebarang maklumat yang sensitif terhadap harga atau urus niaga.
“Jika dagangan luar biasa dikesan dan terdapat sebab untuk mempercayai bahawa pasaran tidak beroperasi dengan adil, teratur atau telus, SGX RegCo akan mengeluarkan amaran untuk berdagang dengan berhati-hati dengan serta-merta.”
Penggantungan dagangan hanya akan dilakukan sekiranya terdapat bukti jelas mengenai isu kelangsungan perniagaan, menurut SGX RegCo. Ia juga akan mengadakan perundingan mengenai pemansuhan proses Jawatankuasa Penasihat Penyenaraian bagi permohonan penyenaraian.
MAS dan SGX RegCo akan mengekalkan penyelarasan rapat dalam aspek pemantauan dan penguatkuasaan, menurut kedua-dua kenyataan tersebut.

Sumber : Reuters/CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.