SG pelawa maklum balas awam, industri terhadap rangka kerja kenderaan tanpa pemandu
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah kenderaan tanpa pemandu yang dikendalikan oleh Grab. (Gambar: CNA/Erin Liam)
SINGAPURA: Pemerintah Singapura sedang mendapatkan maklum balas mengenai rangka kerja undang-undang dan peraturan yang diusulkan bagi kenderaan tanpa pemandu (AV) di negara ini, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Isnin (4 Mei).
MOT menyatakan ia akan melibatkan para pemain industri, sektor insurans dan undang-undang, kesatuan sekerja serta orang ramai untuk mendapatkan pandangan mengenai undang-undang yang diusulkan, yang akan mentadbir urus penggunaan AV di jalan raya Singapura secara “lebih menyeluruh”.
“Undang-undang ini akan merangkumi pengajaran yang diperolehi daripada ujian yang dijalankan ke atas AV sedia ada di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya serta amalan-amalan terbaik antarabangsa,” tambah MOT.
Singapura komited untuk menjaga keselamatan AV, sambil menyokong pembangunan industri dan inovasi teknologi baharu dalam sektor pengangkutan, kata MOT.
“Rangka kerja lalu lintas jalan raya sedia ada kita direka untuk pemandu manusia, bukan AV,” jelasnya.
“Undang-undang AV yang diusulkan akan menjelaskan peraturan keselamatan, serta skim liabiliti, insurans dan penguatkuasaan bagi operasi AV. Ini memberikan kejelasan undang-undang kepada syarikat-syarikat perniagaan untuk mengendalikan AV, di samping memberi keyakinan kepada para penumpang.”
Sesi mengumpul maklum balas itu diumumkan selepas perkhidmatan pengangkutan ulang-alik tanpa pemandu dilancarkan di Punggol pada April, selepas diuji selama lebih setengah tahun.
Percubaan itu membolehkan pemerintah mengkaji bagaimana AV boleh beroperasi dalam konteks Singapura, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Jeffrey Siow di parlimen semasa perbahasan Jawatankuasa Peruntukan bagi kementeriannya.
Jika pelaksanaan di Punggol berjalan lancar, Encik Siow berkata beliau bercadang untuk memperluaskan ujian AV ke kawasan-kawasan lain di Singapura, termasuk Sentosa, Tuas dan Mandai.
Rangka kerja yang dicadangkan akan memberi tumpuan kepada empat bidang: tanggungjawab dan kebertanggungjawaban pihak berkepentingan dalam pelaksanaan AV, pampasan dan insurans, pengurusan data dan keselamatan siber, serta sistem lanjutan bantuan pemandu dan automasi bersyarat.
Perundingan awam dibuka pada Isnin (4 Mei) dan akan berlangsung sehingga 30 Jun 2026.
Orang ramai yang berminat boleh merujuk kepada kertas perundingan penuh dan mengemukakan maklum balas bertulis secara online.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.