SG pastikan bekalan vaksin terkini COVID-19 ada jika perlu sedang kes varian "Eris" meningkat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Marcus Mark Ramos/CNA)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (18 Ogos) menyatakan bahawa pihaknya akan terus memastikan bekalan vaksin terkini COVID-19 ada jika diperlukan dan sesuai dengan keadaan di sini.
MOH menyatakan demikian sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp mengenai varian "Eris" yang semakin menular di Amerika Syarikat.

"Kementerian Kesihatan akan terus memantau perkembangan vaksin dengan teliti dan memastikan vaksin baharu tersedia di Singapura jika ia didapati perlu, sesuai dengan keadaan semasa di sini."
Satu vaksin penggalak baharu COVID-19 dijangka disediakan di Amerika pada September untuk membendung penularan varian Eris. Vaksin itu awalnya dihasilkan untuk mengekang penularan varian Omicron, jenis XBB.1.5.
EG.5 serupa dengan XBB.1.5 walaupun subvarian yang lebih baharu itu membawa mutasi dalam protein pepaku (spike protein), iaitu bahagian virus yang disasarkan vaksin.
Dos penggalak baharu bagaimanapun masih perlu diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat, selain disarankan oleh Pusat-Pusat Amerika bagi Pengawalan dan Pencegahan Penyakit.
EG.5 dikesan di lebih 50 negara setakat 8 Ogos, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ia subvarian COVID-19 paling lazim dan paling pantas menular di Amerika Syarikat - di mana ia membentuk sekitar 17 peratus kes sedia ada COVID-19.
MOH menyatakan bahawa vaksin COVID-19 yang sedia ada dalam program vaksinasi negara terus menawarkan perlindungan baik terhadap jangkitan teruk.
Kementerian itu menambah bilangan kes yang dimasukkan ke hospital dan unit jagaan rapi akibat COVID-19 di Singapura, kekal stabil.
Awal bulan ini, MOH menyatakan sekitar 18 peratus kes COVID-19 dalam masyarakat dijangkiti subvarian Omicron EG.5.

Kes jangkitan pertama bagi subvarian itu dikesan pada 5 Mei.
WHO mengklasifikasikan EG.5 sebagai satu varian 'perlu diberi perhatian', bermakna ia perlu dipantau lebih rapi kerana mutasi sememangnya boleh menghasilkan varian lebih serius dan mudah dijangkiti.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.