SG, Papua New Guinea meterai perjanjian kerjasama dalam kredit karbon
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: COP28 Singapore Pavilion)
SINGAPURA: Singapura dan Papua New Guinea pada Jumaat (8 Dis) memeterai Perjanjian Pelaksanaan (IA) mengenai kerjasama kredit karbon, yang akan membantu kedua-dua negara mempercepatkan sasaran iklim mereka.
Perjanjian tersebut dimeterai Menteri Kemampanan dan Sekitaran Singapura Grace Fu dan Menteri Sekitaran, Pemuliharaan dan Perubahan Iklim Papua New Guinea, Simo Kilepa, semasa Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) 2023.
Ini selepas kedua-dua negara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada COP27 tahun lalu.
Ia juga menandakan perjanjian pelaksanaan pertama bagi Singapura, dedah Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MIT), Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dan Sekretariat Perubahan Iklim Nasional (NCCS) dalam satu kenyataan media bersama.
Perjanjian tersebut menetapkan rangka kerja dan proses yang sah bagi penghasilan dan pemindahan kredit karbon antarabangsa antara Singapura dengan Papua New Guinea.
"Kolaborasi ini akan mempercepatkan cita-cita kedua-dua negara dan membantu menyalurkan wang kepada usaha mitigasi melalui projek kredit karbon yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan," tulis MTI, MSE dan NCCS.
"Projek kredit karbon itu yang diluluskan di bawah perjanjian pelaksanaan juga mempromosikan pembangunan mampan dan membawa faedah kepada masyarakat tempatan, seperti penciptaan pekerjaan, akses kepada air bersih, memperbaiki keselamatan tenaga, dan mengurangkan pencemaran persekitaran."
Sebagai sebahagian daripada kerjasama Singapura dengan Artikel 6 Perjanjian Paris, pemaju projek harus membatalkan dua peratus kredit karbon dikeluarkan di bawah perjanjian pelaksanaan pada pengeluaran pertama, untuk memastikan sumbangan tambahan kepada mitigasi keseluruhan pelepasan global.
Mereka juga diperlukan untuk menyumbang bersamaan lima peratus bahagian keuntungan atau kredit karbon yang diluluskan kepada usaha penyesuaian iklim di Papua New Guinea.
"Ini akan membantu Papua New Guinea bersedia dan menyesuaikan diri terhadap kesan perubahan iklim," tambah pihak berkuasa.
PELUANG BAHARU UNTUK SYARIKAT-SYARIKAT
Kredit karbon dihasilkan melalui kegiatan yang bertujuan untuk mengurangkan, menghapuskan atau mengelak pelepasan karbon, seperti membaik pulih hutan atau melabur dalam tenaga boleh diperbaharui.
Ia merupakan permit atau sijil yang mewakili pengurangan pelepasan karbon dioksida sebanyak satu tan. Dengan pembelian kredit tersebut, syarikat-syarikat boleh membatalkan sehingga lima peratus pelepasan karbon yang dicukai.
Di bawah rangka kerja kredit karbon antarangbangsa (ICC) Singapura, syarikat-syarikat berpangkalan di Singapura yang dikenakan cukai boleh mencari ICC yang layak, dan dijana di bahawa perjanjian pelaksanaan tersebut untuk membatalkan sehingga lima peratus pelepasan karbon mereka yang dicukai.
Perdagangan kredit tersebut melalui Singapura akan membantu "membuka peluang perniagaan baharu dalam bidang seperti khidmat karbon dan huraian kemampanan, di samping memperkukuhkan kedudukan Singapura sebagai hab khidmat karbon dan perdagangan".
"Pasaran karbon integriti tinggi boleh menyumbang kepada tindakan iklim global yang sangat diperlukan. Sebagai negara yang kurang bernasib baik dari segi tenaga alternatif, kerjasama antarabangsa yang berkesan, seperti melalui pasaran karbon, juga akan membantu meraih cita-cita iklim kita," kata Cik Fu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.