SG pantau Selat Johor Timur susuli dua pencemaran
Pihak berkuasa Singapura sedang memantau Selat Johor Timur dengan rapi menyusuli dua insiden pencemaran, termasuk tumpahan minyak kelapa sawit di kawasan perairan pantai Kampung Pasir Putih di Johor.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura sedang memantau Selat Johor Timur dengan rapi menyusuli dua insiden pencemaran, termasuk tumpahan minyak kelapa sawit di kawasan perairan pantai Kampung Pasir Putih di Johor.
Satu lagi insiden melibatkan pencemaran di Sungai Johor akibat aktiviti perlombongan pasir, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Sabtu (1 Nov).
PUB turut menggantung operasi di loji air PUB di Johor River Waterworks buat sementara waktu.
Kedua-dua insiden tersebut tidak saling berkaitan.
NEA sedang berhubung dengan Jabatan Alam Sekitar Johor dan “difahamkan bahawa punca pencemaran bagi kedua-dua insiden telah dapat dikawal dan dihentikan.”
“Kerja-kerja pembersihan minyak juga sedang dijalankan dan kebanyakan tumpahan minyak sawit sudah pun dibersihkan,” menurut NEA dalam satu catatan di Facebook pada Sabtu petang.
NEA turut memaklumkan bahawa mutu air di Singapura kekal normal, dan garis pantai serta ladang ternakan ikannya tidak terjejas.
Agensi Makanan Singapura (SFA) sedang bekerjasama rapat dengan ladang ikan di Selat Johor Timur bagi melaksanakan langkah pencegahan yang perlu, manakala Lembaga Taman Negara (NParks) tidak menemui sebarang kesan terhadap kawasan kaya biodiversiti di Pulau Ubin, Coney Island (Pulau Serangoon), Taman Pasir Ris dan Taman Pantai Changi.
PUB turut memantau mutu air di empangan pesisir berhampiran Selat Johor Timur, dan setakat ini tiada sebarang tanda minyak kelapa sawit dikesan berhampiran pintu air pasang surut negara itu.
“Kami tidak menjangkakan sebarang kesan terhadap operasi loji penyahgaraman kami yang di bahagian selatan Singapura,” kata PUB.
Kapal-kapal ronda Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) yang dilengkapi dengan bahan penyerap dan peralatan pemulihan minyak sedang bersiap sedia bagi sebarang pengerahan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.