SG pantau kes virus Nipah di Bangladesh; tiada kes di sini
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) Singapura menyatakan pada Sabtu (7 Feb) bahawa pihaknya sedang memantau rapi satu kes jangkitan virus Nipah yang dilaporkan di barat laut Bangladesh, sambil menambah bahawa tiada kes yang dikesan di Singapura setakat ini berkaitan jangkitan di India dan Bangladesh.
Kes tersebut dilaporkan berlaku di Daerah Naogaon dalam wilayah Rajshahi, Bangladesh. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pada Jumaat (6 Feb) bahawa seorang wanita meninggal dunia pada bulan Januari selepas dijangkiti virus Nipah yang membawa maut itu.
Beliau dikatakan mempunyai sejarah meminum air nira kurma mentah, yang merupakan faktor risiko utama bagi jangkitan virus Nipah.
Nipah adalah endemik di Bangladesh, menurut CDA, dengan wabak bermusim yang sering berulang itu dikaitkan dengan pengambilan air nira kurma mentah yang dicemari oleh kelawar.
CDA menyatakan tiada bukti yang menunjukkan kes tersebut ada kaitan dengan jangkitan terbaharu yang dilaporkan di Bengal Barat, India, atau wujudnya sebarang jangkitan daripada manusia ke manusia di Bangladesh. Tambahnya lagi, tiada petunjuk bahawa virus itu sedang merebak secara aktif dalam masyarakat sama ada di Bangladesh mahupun di Bengal Barat.
Sehingga kini, tiada kes virus Nipah yang dikaitkan dengan situasi di Bangladesh atau India dikesan di Singapura, menurut CDA. Pemantauan biologi berterusan terhadap jumlah kelawar di negara ini, yang sudah dijalankan sejak 2011, juga tidak menemui sebarang bukti kehadiran virus tersebut.

LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH SG
Singapura sudah mempertingkat langkah berjaga-jaga secara berperingkat sejak 28 Januari.
Ini termasuk mewajibkan pengamal perubatan dan makmal untuk segera memaklumkan kepada CDA mengenai kes yang disahkan atau disyaki, serta memberi amaran kepada doktor supaya sentiasa berwaspada terhadap pesakit yang mempunyai gejala berkaitan dan sejarah perjalanan ke kawasan terjejas baru-baru ini.
Pemeriksaan suhu badan dilaksanakan di pusat pemeriksaan udara dan laut bagi ketibaan dari kawasan terjejas di India, manakala nasihat kesihatan sedang dikeluarkan kepada para pelawat.
Pengisytiharan kesihatan semasa ketibaan di Singapura juga sudah diselaraskan untuk merangkumi virus Nipah, dan pemantauan terhadap pekerja asing yang baru tiba dari Asia Selatan sudah dipertingkatkan.
CDA pada Sabtu mengulangi nasihatnya agar para pelawat ke kawasan terjejas mengelakkan makanan dan minuman yang mungkin dicemari oleh kelawar, seperti air nira kurma mentah dan buah-buahan yang ditemui di atas tanah.
Agensi itu juga menasihati para pelawat agar mengelakkan sentuhan langsung dengan individu dan haiwan yang sakit, terutamanya kelawar, serta kawasan tempat kelawar bersarang.
CDA menyatakan ia akan terus memantau situasi global dan akan menyelaraskan langkah-langkah kesihatan awam apabila perlu.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.