SG pantau kenaikan 59% jangkitan COVID-19; vaksin sedia ada masih berkesan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) pada Khamis (21 Mei) menyatakan ia sedang memantau peningkatan jangkitan COVID-19 di Singapura, berikutan kenaikan kes sebanyak 59 peratus baru-baru ini.
“Seperti penyakit pernafasan endemik yang lain, gelombang COVID-19 berkala dijangka berlaku sepanjang tahun. Tiada penunjuk bahawa varian yang sedang menular di peringkat tempatan lebih mudah merebak atau menyebabkan penyakit yang lebih teruk berbanding varian sebelumnya,” kata CDA.
Agensi itu menyatakan anggaran kes COVID-19 bagi minggu 10 Mei hingga 16 Mei meningkat kepada 12,700 kes, berbanding 8,000 kes pada minggu sebelumnya.
Bagi tempoh yang sama, purata kemasukan ke hospital harian akibat COVID-19 meningkat daripada 56 kepada 73 kes, dengan purata satu kes di unit rawatan rapi (ICU) setiap hari.
CDA menyatakan hospital awam mampu menguruskan peningkatan kes tersebut, sambil menambah bahawa kenaikan kes mungkin disebabkan beberapa faktor, termasuk penurunan imuniti penduduk.
Varian NB.1.8.1, iaitu keturunan varian JN.1, merupakan varian COVID-19 utama yang sedang menular di Singapura.
CDA menyatakan vaksin COVID-19 sedia ada masih berkesan untuk memberikan perlindungan terhadap varian ini.
Golongan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan teruk COVID-19, seperti mereka berumur 60 tahun ke atas termasuk penghuni kemudahan penjagaan warga emas, serta individu berisiko berusia enam bulan ke atas, disarankan untuk memastikan vaksinasi mereka dikemas kini.
Ini bermakna mereka perlu menerima dos tambahan kira-kira setahun selepas dos terakhir.
Petugas kesihatan serta individu yang tinggal atau bekerja dengan golongan berisiko juga digalakkan untuk mendapatkan vaksin.
Individu lain berumur enam bulan ke atas yang ingin mendapatkan vaksin COVID-19 juga masih boleh berbuat demikian, kata agensi itu.
Vaksinasi COVID-19 boleh didapatkan di klinik doktor keluarga (GP) terpilih dan juga di poliklinik.
CDA turut menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga serta mengamalkan tanggungjawab peribadi dan sosial.
Antara langkah utama termasuk menjaga kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan serta menutup hidung dan mulut ketika batuk atau bersin.
Orang ramai juga disaran mengurangkan interaksi sosial dan perjalanan jauh jika tidak berasa sihat serta memakai pelitup muka jika mengalami gejala seperti selesema, sakit tekak, sakit kepala atau demam.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.