SG pandang serius serangan ke atas Iran, Lubnan; rakyat diseru bertenang, jaga keharmonian: Dr Faishal
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura memandang serius atas serangan yang berlaku di Iran dan Lubnan.
Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim berkata ini amat membimbangkan khususnya terhadap keselamatan orang awam.
"Singapura memandang serius serangan yang berlaku di Iran dan Lubnan. Kegagalan usaha diplomasi telah mencetuskan peningkatan ketegangan di rantau tersebut. Ini amat membimbangkan, khususnya terhadap keselamatan orang awam," kata Dr Faishal.

"Hakikat bahawa insiden ini berlaku dalam bulan Ramadan yang mulia menambah rasa dukacita dan keprihatinan yang dirasai oleh ramai pihak. Pemerintah akan terus mengikuti perkembangan ini dan menyokong segala usaha untuk meredakan keadaan, melindungi nyawa, serta menegakkan prinsip undang-undang antarabangsa," tambahnya lagi.
Beliau juga menyeru rakyat Singapura untuk kekal bersatu dan tenang serta terus memelihara keharmonian di sini.
"Di Singapura, marilah kita kekal bersatu dan tenang, serta terus memelihara keharmonian serta keutuhan hubungan antara masyarakat yang menjadi tunjang masyarakat Singapura," kata Dr Faishal.

Pada masa yang sama, Dr Faishal turut mengingatkan bahawa orang ramai seharusnya tidak memandang ringan terhadap penderitaan warga Palestin dan menyeru agar orang ramai mendoakan mereka yang dalam kesusahan.
"Di bulan yang penuh keberkatan ini, kita berdoa agar mereka yang tidak bersalah sentiasa dilindungi dan agar kewarasan dan kebijaksanaan mengatasi kekerasan," kata Dr Faishal.
"Dalam keadaan ini, kita juga tidak boleh memandang ringan penderitaan rakyat Palestin, yang menuntut usaha segera ke arah penyelesaian aman di rantau tersebut. Marilah kita terus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka," tambahnya lagi.

IFTAR GEMILANG KG GELAM BERSKALA KECIL TAHUN INI
Dr Faishal bercakap kepada pihak media di luar acara Iftar Gemilang Kampong Gelam pada Sabtu (28 Feb).
Beliau menyertai sekitar 300 orang di acara itu tahun ini.
Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding 1,000 tahun lalu.
Jumlah meja yang disediakan dikurangkan daripada 100 meja tahun lepas kepada sekitar 35 meja bagi tahun ini.
Menurut Pengarah Tempat Kampong Gelam Alliance (KGA), Syed Osman Alsagoff, ini bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk mendekati para Ahli Parlimen (AP) dan berinteraksi dengan mereka secara akrab.
"Matlamat kali ini adalah untuk membuat kecil-kecilan kerana kami ingin menunjukkan kita untuk komuniti, untuk orang ramai datang dan duduk bersama-sama dengan Ahli Parlimen serta tetamu kehormat," kongsi Encik Osman.
"Kami menyediakan meja bulat berbanding meja panjang seperti yang biasa kita sediakan. Jadi dengan meja bulat ini, kita boleh nampak yang di setiap meja akan ada satu tetamu kehormat. Jadi tetamu kehormat untuk setiap meja dan masyarakat boleh berinteraksi tentang setiap perkara yang mereka inginkan, dan ini adalah sesuatu yang kami cuba lakukan," tambahnya lagi.
PINDAH KE TAMAN SULTAN GATE
Tahun ini, acara berbuka tersebut telah dipindahkan dari tempat lazimnya di Arab Street ke lokasi yang baharu iaitu Taman Sultan Gate.
Acara Iftar Gemilang Kampong Gelam telah diadakan sejak 2019 tetapi direhatkan pada tahun 2020 hingga 2023 disebabkan COVID-19 dan disambung semula pada tahun 2023.
Sekitar 80 penerima bantuan dari Pertapis serta 100 orang dari komuniti penuaan aktif GRC Jalan Besar turut serta dalam acara iftar tersebut.
Selain itu, seramai 25 sukarelawan dari Membina Community dan 40 sukarelawan dari TravelConnect turut menggembleng tenaga bagi menjayakan acara iftar tahunan tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.