SG pandang serius semua laporan mengenai pasaran & projek karbon, kata Grace Fu
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berucap di Parlimen pada 7 Februari 2023.
SINGAPURA: Singapura meneliti dengan serius semua laporan mengenai pasaran dan projek karbon sedang ia memuktamadkan senarai kredit karbon antarabangsa yang boleh digunakan syarikat-syarikat di negara ini bagi mengurangkan bil cukai karbon mereka.
Menjawab soalan parlimen pada Selasa (7 Feb), Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata, Pemerintah sedia maklum mengenai laporan oleh The Guardian baru-baru ini yang menyatakan kebanyakan langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida atau gas rumah hijau lain, yang diluluskan badan pengesahan terkemuka Verra berkemungkinan "kredit tidak benar" yang "tidak memanfaatkan iklim".
Laporan itu diterbitkan pada 18 Januari menyusuli siasatan selama sembilan bulan. Menurutnya, hanya segelintir projek hutan hujan Verra menunjukkan bukti kurangnya pembasmian hutan.
Insiden pembasmian hutan dipercayai dilaporkan secara berlebihan sebanyak purata kira-kira 400 peratus, tanpa menunjukkan keberkesanan sebenar projek-projek tersebut dan nilai kredit karbon yang dibeli syarikat, menurut laporan tersebut.
Verra merupakan salah satu daripada dua program piawaian pengurangan karbon yang memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) Julai lalu sebagai sebahagian usaha untuk membangunkan rangka kerja tempatan bagi kredit karbon yang boleh diterima.
"Pemerintah Singapura sedia maklum mengenai laporan The Guardian berhubung kredit hutan hijau yang dikeluarkan Verra, serta respons dan penjelasan Verra," kata Cik Fu.
"Kami meneliti dengan serius semua laporan mengenai pasaran dan projek karbon, dan komited untuk memastikan bahawa kredit karbon menegakkan piawaian integriti sekitaran yang tinggi."
Kredit karbon - dijana menerusi aktiviti yang bertujuan untuk mengurangkan, mengelak atau menghapuskan pelepasan karbon seperti memulihkan hutan dan melabur dalam tenaga yang boleh diperbaharui - merupakan permit atau sijil yang menunjukkan pengurangan pelepasan karbon dioksida sebanyak satu tan.
Pembelian karbon kredit boleh membantu syarikat-syarikat mengurangkan pelepasan gas karbon mereka, terutama sekali firma-firma dalam sektor yang banyak mengeluarkan karbon dioksida dan juga syarikat yang mendapati ia sukar untuk mengurangkan jejak karbon secara keseluruhan pada masa terdekat.
Namun, langkah pengurangan karbon berkenaan menerima kritikan, memandangkan adalah sukar untuk mengesahkan kesan sebenar projek tindakan iklim. Dalam hal ini, pejabat pendaftaran pihak ketiga seperti Verra membantu mengesahkan ketulenan projek-projek tersebut.

Sumber : CNA/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.