Skip to main content

Singapura

SG, Pahang teroka peluang kerjasama, perkukuh hubungan muhibah

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 May 2026 07:50PM Dikemas Kini : 14 May 2026 01:21PM
  • Menteri Kanan Lee Hsien Loong dari Singapura melawat Pahang atas undangan Sultan Pahang untuk meneroka peluang kerjasama dan memperkukuh hubungan dua hala.
  • Lawatan ini melibatkan pertemuan dengan Sultan Abdullah, acara makan tengah hari, serta lawatan ke mercu tanda Kuantan 188 dan kawasan seni tempatan.
  • SM Lee turut bertemu Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail dan pemimpin negeri lain, menegaskan hubungan muhibah yang telah lama terjalin.
  • Lawatan ini diharap dapat meningkatkan momentum pertukaran dua hala antara Singapura dan Malaysia serta mempererat hubungan dengan negeri-negeri di Malaysia.
Dijana oleh AI
KUANTAN: Singapura dan Pahang meneroka peluang kerjasama dalam bidang-bidang dengan kepentingan yang sama seperti memperkukuh hubungan perniagaan.

Kedua-dua belah pihak juga mengesahkan hubungan muhibah yang sudah lama terjalin.

Ini sedang Menteri Kanan Lee Hsien Loong mengunjungi negeri di Malaysia itu atas undangan Sultan Pahang.

Pada hari kedua lawatan beliau, Menteri Kanan Lee Hsien Loong mengunjungi salah satu mercu tanda ikonik di Pahang, Kuantan 188, yang merupakan menara tertinggi di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

SM Lee juga meneroka jalan yang dipenuhi dengan karya-karya seni, sambil mempelajari lebih mendalam tentang seni dan warisan tradisional bandar ini.

Awal dari itu, SM Lee mengunjungi Sultan Pahang iaitu Sultan Abdullah, dan kemudian dijamu dalam acara makan tengah hari.

Semasa kunjungan ini, kedua-dua pemimpin mengesahkan lagi hubungan dua hala yang positif.

Semasa lawatannya ini, SM Lee juga akan bertemu dengan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail serta para pemimpin Pahang yang lain.

Beliau kemudian akan ke Terengganu pula.

SM Lee berkata, lawatannya ke Malaysia ini mengukuhkan lagi momentum pertukaran dua hala antara Singapura dengan Malaysia.

Beliau juga berharap ia akan memperkukuh hubungan Singapura yang sudah lama terjalin dan pelbagai dengan negeri-negeri di Malaysia dan pemimpin mereka.
Sumber : CNA/QA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita