SG, OpenAI meterai MOU, peruntuk S$300 juta bina ekosistem AI
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat OpenAI akan memperuntukkan lebih S$300 juta untuk membangunkan ekosistem kecerdasan buatan (AI) di Singapura.
Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) bersama firma AI berkenaan pada Rabu (20 Mei).
Komitmen tersebut adalah sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani antara Singapura dengan pencipta ChatGPT itu untuk bekerjasama dalam inisiatif bersama yang dipanggil "OpenAI untuk Singapura".
Usaha ini bertujuan untuk memperkukuh kedudukan Singapura sebagai hab utama bagi inovasi berasaskan AI gunaan.
"Ini menandakan MOU pertama antara pemerintah Singapura dan OpenAI untuk memajukan inovasi AI gunaan, membina bakat AI, serta menjadikan teknologi AI mudah diakses oleh rakyat, syarikat perniagaan dan sektor awam," jelas MDDI dan OpenAI dalam satu kenyataan media bersama.
Teras utama kerjasama bernilai S$300 juta ini ialah penubuhan Open AI Singapore Applied AI Lab, yang merupakan makmal pertama seumpamanya di luar Amerika Syarikat.
Secara praktikalnya, langkah ini bermakna OpenAI akan mengembangkan pasukan teknikalnya di Singapura kepada lebih 200 jawatan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Ia sekali gus menjadikan negara ini sebagai salah satu hab global bagi barisan jurutera penempatan awal (forward-deployed engineers), kata OpenAI dalam satu kenyataan berasingan. Golongan jurutera ini "berada di titik pertemuan antara penyelidikan termaju dengan pelaksanaan dunia sebenar" dan akan "bekerja secara langsung dengan syarikat-syarikat untuk menyelesaikan masalah paling sukar serta membuka sumber nilai yang baharu".
Makmal tersebut akan menyokong usaha yang selaras dengan misi AI dan keutamaan nasional Singapura, terutamanya dalam bidang perkhidmatan awam, kewangan, penjagaan kesihatan dan prasarana digital.
"Memandangkan usaha ini semakin berkembang dan pasukan kami di Singapura semakin membesar, kami juga menjangka akan memperluaskan ruang pejabat kami di negara ini dari semasa ke semasa," kata OpenAI.
Tambah syarikat itu, pemilihan Singapura sebagai hab serantau OpenAI menjadikannya pangkalan yang ideal untuk firma tersebut mempertingkatkan keupayaan teknikal, menyokong keutamaan tempatan, serta membantu memperluaskan penggunaan AI di seluruh negara dan rantau yang lebih luas."
Tatkala AI sedang membentuk semula ekonomi, perniagaan dan tenaga kerja, tindak balas Singapura adalah sangat teliti: kami membangunkan sektor baharu, menempatkan syarikat peneraju global di sini, dan melengkapi rakyat kami dengan kemahiran untuk berjaya dalam persekitaran baharu ini," kata Setiausaha Tetap Pembangunan Digital dan Maklumat, Chng Kai Fong.
"Kerjasama dengan OpenAI ini mencerminkan komitmen pemerintah untuk membangunkan keupayaan AI Singapura, memperkukuh penggunaan AI dalam kalangan syarikat, dan menjamin pekerjaan yang baik untuk rakyat Singapura."
KERJASAMA DENGAN SEKTOR PENDIDIKAN
Bagi melahirkan bakat dalam bidang AI, OpenAI akan bekerjasama dengan sektor pendidikan Singapura untuk merangka program latihan dan perkongsian penyelidikan.
"Bengkel amali di bawah cawangan Singapura bagi OpenAI Academy (platform latihan online kami) serta pertandingan pengaturcaraan Codex for Teachers akan membantu memastikan AI dibangunkan dengan cara yang dipimpin oleh guru, bertanggungjawab dan saksama," kata OpenAI dan MDDI.
OpenAI juga akan meneruskan kerjasama dengan IMDA dan AI Singapore (AISG) di bawah program AIxTech untuk membina kefasihan AI dalam kalangan profesional teknologi.
Ini termasuk menyediakan akses kepada OpenAI Codex bagi membolehkan latihan amali dengan alatan AI, menambah modul pilihan dalam latihan online AIxTech, serta menyertai usaha masyarakat seperti menyumbang sumber elektronik dan mengendalikan sesi rundingan pakar mengenai sistem AI mereka.
Selain itu, OpenAI akan melancarkan program jurutera penempatan awal di Singapura untuk melatih jurutera perisian pertengahan kerjaya dalam membina sistem AI dunia sebenar.
Langkah ini akan membantu melahirkan rantaian bakat khusus dalam pelaksanaan AI.
"Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Singapura tatkala negara ini terus memperkukuh kedudukannya sebagai pemimpin global dalam AI," kata Ketua Pegawai Pendapatan OpenAI, Denise Dresser.
"Singapura mempunyai bakat teknikal yang kukuh, institusi yang diyakini, serta cita-cita yang jelas untuk menggunakan AI demi memacu pertumbuhan jangka panjang dan meningkatkan mutu hidup rakyat.
"Melalui OpenAI untuk Singapura, kami mahu membantu lebih banyak pertubuhan memanfaatkan AI termaju, membangunkan bakat tempatan, dan memperluaskan akses kepada manfaat AI."
AI UNTUK SEMUA
Singapura merupakan antara tiga pasaran teratas di dunia bagi kadar penggunaan ChatGPT per kapita, menurut OpenAI sambil menambah bahawa negara ini juga berada dalam kedudukan lima teratas global bagi penggunaan sistem Codex.
Dalam Rapat Hari Buruh pada awal bulan ini, Perdana Menteri Lawrence Wong menyatakan bahawa pihak berkuasa akan mengambil langkah proaktif untuk memastikan manfaat AI dikongsi secara meluas, memandangkan teknologi tersebut sedang merombak industri dan mentransformasikan ekonomi Singapura.
"Pemerintah akan menyediakan alatan, laluan dan sokongan. Namun, kami juga memerlukan rakyat Singapura untuk tampil ke hadapan. Jangan biarkan kebimbangan atau ketidakpastian menghalang anda daripada belajar dan menggunakan AI," kata PM Wong.
"AI akan terus kekal di sini. Oleh itu, jadikannya sebahagian daripada hidup anda, pelajarinya, gunakan dan kuasainya."
Dalam ucapan Belanjawan 2026 awal tahun ini, PM Wong mengumumkan bahawa rakyat Singapura yang mengambil kursus latihan AI terpilih akan menerima akses percuma selama enam bulan bagi alatan AI premium.
MDDI dan OpenAI menyatakan pada Rabu (19 Mei) bahawa melalui perkongsian ini, rakyat Singapura, syarikat perniagaan dan syarikat pemula akan mendapat akses yang lebih besar kepada alatan dan kepakaran AI.
Inisiatif lain termasuk "aplikasi AI berpusatkan rakyat untuk menambah baik dan mengubah cara rakyat berinteraksi dengan perkhidmatan awam, program pemacu AI yang menawarkan perundingan teknikal serta sokongan untuk syarikat pemula tempatan dan antarabangsa, serta bengkel untuk usahawan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (SME)," jelas MDDI dan OpenAI."
Kandungan berunsur tempatan juga akan dibangunkan untuk program SkillsFuture bagi menyokong pembangunan keupayaan AI lebih luas dalam kalangan seluruh lapisan masyarakat."

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.