Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG negara pertama di Asia Tenggara terima vaksin baru pneumococcal

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Singapura akan menjadi negara yang pertama di Asia Tenggara untuk menerima vaksin 20-valen pneumococcal keluaran Pfizer (PCV20) yang baru, setelah ia mendapat kelulusan daripada Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

Gergasi farmaseutikal itu mengumumkan demikian pada Sabtu (18 Mac).

Vaksin tersebut, yang dipasarkan di bawah jenama Apexxnar, diluluskan bagi imunisasi aktif untuk para individu yang berusia 18 tahun ke atas.

Ia akan menawarkan perlindungan terhadap pneumococcal dan radang paru-paru, yang disebabkan oleh 20 Streptococcus pneumoniae (pneumococcus) serotype.

Menurut Pfizer, ia juga mengandungi perlindungan serotype yang paling luas bagi sebarang vaksin konjugat yang ada di pasaran.

Penyakit radang paru-paru merupakan punca kematian ketiga, dengan lebih 4,000 kematian dicatatkan setiap tahun. Ia juga merupakan punca keempat paling biasa menyebabkan pesakit dimasukkan ke hospital di Singapura.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), jangkitan pneumococcal adalah jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit radang paru-paru, meningitis, jangkitan pada aliran darah dan penyakit-penyakit lain yang mengancam nyawa.

PCV20 akan menawarkan tujuh lagi perlindungan bakteria serotype berbanding PCV13, yang juga dihasilkan oleh Pfizer dan ia juga ditawarkan di Singapura, selain vaksin pneumococcal, PPSV23 keluaran syarikat farmaseutikal Merck.

Kelulusan bagi PCV20 selaras dengan inisiatif SG Lebih Sihat, yang menumpukan perhatian kepada usaha mempertingkatkan kesihatan dan mutu kehidupan para penduduk menerusi jagaan pencegahan yang proaktif, pemeriksaan berkala dan vaksinasi yang disarankan.


"Sekalipun ia memudaratkan dan membebankan penduduk, tahap kesedaran terhadap penyakit pneumococcal dan pengambilan vaksin di Singapura masih agak rendah," kata Dr Leong Hoe Nam, pakar penyakit berjangkit di Hospital Mount Elizabeth Novena.

"Dengan Apexxnar diluluskan, dan sejajar dengan inisiatif SG Lebih Sihat, kami mengalak semua penduduk dewasa supaya mengambil langkah proaktif ke arah jagaan pencegahan dan vaksinasi terhadap penyakit ini."
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan