Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG negara ke-14 terbaik dunia, GDP tinggi dan kadar pengangguran rendah faktor utama

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rakyat Singapura bangga dengan ranking dicatat negara, daripada digelar lapangan terbang terbaik hingga syarikat penerbangan yang unggul.

Meskipun ramai yang geli hati apabila negara ini digelar Negara Asia Paling Bahagia tahun ini, ramai di antara kita tetap menerima keputusan tersebut.
Namun, menurut laporan U.S. News & World Report dan Wharton School, Singapura menduduki tempat ke-14 dalam senarai negara terbaik dunia.

Menurut laporan tersebut, kedudukan Singapura ditetapkan sedemikian berdasarkan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) yang tinggi dan kadar pengangguran yang rendah.

Seperti yang dijangkakan, Switzerland menduduki tangga teratas buat tiga tahun berturut-turut.

Negara Asia lain yang berada dalam kedudukan 20 teratas termasuk China (Nombor 16) dan Korea Selatan (Nombor 17).

Analisis Negara Terbaik 2024 sudah dilaksanakan selama sembilan tahun, di mana ia menilai 89 negara berdasarkan 73 ciri berbeza.

Lagi 10 kumpulan lebih kecil dengan ciri berbeza disenaraikan termasuk warisan, kuasa, tujuan sosial dan pengaruh budaya.

Salah satu daripadanya, yang digelar "movers", yang mempertimbangkan pertumbuhan masa depan sebuah negara, merupakan faktor paling dinilai tahun ini.

Singapura mencatat markah 72.9, yang menempatkannya di tempat ke-11.
Sumber : 8 Days/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan