SG naikkan unjuran pertumbuhan GDP 2026 kepada 2%-4%
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan ekonominya bagi 2026 pada Selasa (10 Feb) sedang ia mengumumkan bahawa Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) meningkat sebanyak 5 peratus tahun lalu.
Ekonomi kini dijangka berkembang antara 2 peratus hingga 4 peratus tahun ini, naik daripada unjuran sebelumnya iaitu 1 peratus hingga 3 peratus.
Angka pertumbuhan GDP sepanjang tahun bagi 2025 mengatasi anggaran awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) sebanyak 4.8 peratus yang dikeluarkan bulan lalu, namun lebih rendah berbanding pertumbuhan 5.3 peratus pada 2024.
MTI juga menyatakan ekonomi Singapura berkembang 6.9 peratus tahun ini berbanding tempoh sama tahun sebelumnya pada suku keempat 2025, lebih pantas berbanding pertumbuhan 4.6 peratus yang dicatatkan pada suku ketiga.
Berdasarkan pelarasan bermusim dari suku ke suku, ekonomi berkembang sebanyak 2.1 peratus, satu penyederhanaan daripada pertumbuhan 2.6 peratus pada suku sebelumnya.
MTI menyatakan unjuran pertumbuhan GDP sebelum ini pada November 2025 adalah berdasarkan jangkaan bahawa kegiatan ekonomi akan mereda bagi ekonomi utama tahun ini sedang tarif Amerika Syarikat memberi kesan kepada ekonomi global.
Namun, kebanyakan ekonomi utama mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh daripada jangkaan pada suku keempat 2025.
“Aktiviti perdagangan global kekal berdaya tahan walaupun terdapat tarif Amerika Syarikat, berkemungkinan mencerminkan kadar tarif Amerika yang lebih rendah daripada kadar utama yang diumumkan, pengalihan perdagangan yang dipermudahkan oleh pelarasan rantaian bekalan, serta eksport berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang kukuh di tengah-tengah lonjakan pelaburan AI,” kata MTI.
Pertumbuhan GDP bagi 2025 sebahagian besarnya didorong oleh sektor pengilangan, perdagangan borong serta kewangan dan insurans.
Khususnya, kluster elektronik dalam sektor pengilangan dan segmen mesin, peralatan dan bekalan dalam sektor perdagangan borong mencatat pertumbuhan kukuh berikutan permintaan tinggi terhadap elektronik berkaitan AI, menurut kenyataan media kementerian itu.
Sektor kewangan dan insurans mencatat pertumbuhan menyeluruh merentasi semua segmen, namun sektor perkhidmatan makanan dan minuman menguncup, sebahagiannya disebabkan penurunan jumlah jualan restoran apabila pilihan menjamu selera berubah.
Momentum yang dilihat pada suku terakhir dijangka berterusan ke 2026, kata kementerian itu.
Selain lonjakan pelaburan AI, ekonomi seperti Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun dijangka melaksanakan dasar fiskal yang bersifat mengembang (expansionary).
“Mengambil kira faktor-faktor ini, prospek pertumbuhan GDP bagi rakan dagang utama Singapura untuk 2026 bertambah baik berbanding prospek pada November,” kata MTI.
Sebagai contoh, kluster elektronik dalam sektor pengilangan dijangka berkembang pada kadar yang lebih kukuh daripada jangkaan sebelum ini, disokong oleh permintaan mantap bagi cip semikonduktor dalam pasaran pusat data, manakala sektor maklumat dan komunikasi akan disokong oleh permintaan berterusan daripada perusahaan terhadap huraian digital berteraskan AI dan lain-lain.
MTI menyatakan kadar pertumbuhan masih dijangka mereda berbanding paras 2025, sebahagiannya disebabkan kesan tarif Amerika Syarikat dan peningkatan sekatan perdagangan.
Menggariskan beberapa risiko peningkatan dan penurunan, MTI menyatakan bahawa lonjakan kitaran pelaburan AI yang lebih kukuh daripada jangkaan boleh merangsang permintaan elektronik dan mendorong peningkatan lanjut dalam pasaran ekuiti.
Peningkatan semula tindakan tarif atau ketegangan geopolitik yang memuncak pula boleh menjejas sentimen perniagaan dan isi rumah.

Sumber : CNA/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.