SG naikkan unjuran GDP 2026 sebagai petanda ekonomi akan dipacu kemajuan AI tetapi sektor lain juga boleh menyumbang: Pakar
Anggaran Waktu Membaca:
- Pemerintah Singapura melalui MTI menaikkan unjuran pertumbuhan GDP 2026 kepada 4.5 hingga 5.5 peratus, didorong oleh pelaburan global dalam AI.
- Pakar ekonomi menegaskan ekonomi Singapura kekal pelbagai, dengan sektor seperti pembinaan, kewangan, dan komunikasi turut menyumbang pertumbuhan.
- Beberapa sektor seperti pengilangan kimia, pengangkutan, serta pengguna dan pelancongan menghadapi cabaran akibat konflik Timur Tengah dan kos sara hidup tinggi.
- Pemerintah telah memperkenalkan sokongan hampir S$2 bilion, termasuk baucar CDC, untuk membantu isi rumah dan perniagaan yang terjejas.
SINGAPURA: Langkah Singapura menaikkan unjuran GDP bagi 2026 menunjukkan keyakinan terhadap pertumbuhan berkaitan kecerdasan buatan (AI), namun tidak bermakna negara ini terlalu bergantung pada teknologi tersebut kerana sektor-sektor lain turut menyumbang kepada keseluruhan ekonomi, kata para pakar ekonomi.
Komen mereka menyusuli langkah Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menaikkan unjuran 2026 kepada 4.5 hingga 5.5 peratus pada Selasa (11 Ogos), dengan kementerian itu menyatakan prestasi lebih baik daripada jangkaan pada separuh pertama tahun ini serta jangkaan peningkatan perbelanjaan modal berkaitan AI global.
“Unjuran yang dinaikkan itu sememangnya isyarat positif, sebahagian besarnya disebabkan ledakan pelaburan AI global,” kata ketua ahli ekonomi OCBC, Cik Selena Ling.
Namun MTI turut menyatakan, prospek kekal lemah bagi sebahagian ekonomi yang terjejas secara langsung oleh gangguan bekalan akibat konflik di Timur Tengah, termasuk kelompok kimia dalam sektor pengilangan.
Semasa taklimat media, Setiausaha Tetap MTI Beh Swan Gin, berkata AI merupakan penyumbang utama kepada ekonomi, tetapi Singapura tidak bergantung sepenuhnya kepadanya. Beberapa ahli ekonomi turut berpandangan sedemikian.
Penganalisis risiko negara di BMI yang dimiliki oleh Fitch Solutions, Cik Lee Yen Nee berkata, ekonomi kekal pelbagai, dan beberapa sektor yang tidak berkaitan secara langsung dengan ledakan AI berkembang dengan stabil, termasuk pembinaan, kewangan dan insurans serta maklumat dan komunikasi.
"Walaupun ledakan AI berkurangan dengan ketara pada 2027, ia hanya akan menandakan berakhirnya kitaran eksport yang sangat kukuh bagi Singapura dan tidak mungkin menyebabkan krisis," katanya.
“Kitaran AI menyokong ekosistem lebih luas merangkumi elektronik, pengilangan, perdagangan dan pelaburan, manakala sektor farmaseutikal dan perbelanjaan prasarana awam turut menyumbang kepada pertumbuhan,” kata Cik Sheana Yue, pakar ekonomi kanan di Oxford Economics,
MENAIKKAN UNJURAN
Dengan laporan terbaharu menunjukkan pertumbuhan kukuh pada suku kedua tahun ini, beberapa pakar ekonomi turut menaikkan unjuran GDP mereka.
OCBC turut menaikkan unjurannya daripada 4.3 peratus kepada 5.2 peratus.
KELEMAHAN EKONOMI
Meskipun unjuran pertumbuhan yang dinaikkan, pakar ekonomi OCBC Cik Ling mengatakan jangkaan MTI adalah seimbang, mencerminkan rasa optimis terhadap AI bersama kelemahan dalam sektor-sektor berhadapan gangguan rantaian bekalan berkatan Timur Tengah.
MTI menyatakan, kelompok kimia dalam sektor pengilangan dijangka kekal “paling terjejas”, manakala kos bahan api yang tinggi akan mengekang permintaan dalam sektor pengangkutan laut dan udara.
Di peringkat domestik, kadar penggunaan isi rumah kekal sebagai bahagian paling lemah dalam ekonomi, tambahnya, dengan sentimen pengguna yang lemah dan kos sara hidup yang lebih tinggi mengekang perbelanjaan.
Penganalisis Maybank berkata prospek kekal lemah bagi sektor pengguna dan berkaitan pelancongan, dengan kos perjalanan yang tinggi dan pasaran buruh yang tidak memberangsangkan.
Sokongan pemerintah kata mereka, akan mengurangkan sebahagian kesan ke atas sektor runcit serta F&B.
Pemerintah sudah mengumumkan sokongan hampir S$2 bilion (AS$1.6 bilion) untuk isi rumah dan perniagaan yang bergelut dengan kesan konflik Timur Tengah.
Pakej kedua, yang diumumkan pada bulan Julai, termasuk baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai S$300 untuk digunakan di gerai pusat penjaja, kedai di kawasan kejiranan dan pasar raya yang mengambil bahagian.

Sumber : CNA/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.