Skip to main content

Singapura

SG mungkin hadapi krisis kekurangan darah seawal 7 tahun akan datang

Kementerian Kesihatan (MOH) memberi amaran bahawa Singapura mungkin menghadapi krisis kekurangan bekalan darah seawal tujuh tahun akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Apr 2026 09:58PM Dikemas Kini : 26 Apr 2026 09:15PM
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) memberi amaran bahawa Singapura mungkin menghadapi krisis kekurangan bekalan darah seawal tujuh tahun akan datang.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata ia sebahagian besarnya didorong oleh jumlah penduduk yang semakin menua
dan jumlah kes penyakit barah yang semakin meningkat di Singapura.

Sebahagian besar bekalan darah digunakan bagi pesakit barah dan ia sekali gus bermakna bahawa permintaan akan melebihi bekalan.

"Jika ini berlaku, prosedur pembedahan yang memerlukan sokongan pemindahan darah mungkin terpaksa ditangguhkan ataupun malah, dibatalkan.

"Para pesakit anaemia tidak dapat menerima pemindahan darah yang diperlukan dan ini boleh menyebabkan masalah lebih serius, malah juga kehilangan jiwa.

"Ini adalah kemungkinan yang boleh berlaku," kata Menteri Kesihatan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Ong Ye Kung.

Sempena ulang tahun ke-80 Program Derma Darah Nasional, Encik Ong mengumumkan pelbagai inisiatif yang diusahakan Penguasa Sains Kesihatan dan Palang Merah Singapura untuk meningkatkan pendermaan darah.

Ia termasuk satu skim baharu yang membolehkan para penderma darah meraih mata yang boleh digunakan sebagai diskaun bagi premium insurans atau baucar elektronik.

Satu acara maraton derma darah yang diberi nama "80 for 80" juga akan dianjurkan dengan matlamat menggalak sekurang-kurangnya 80 kakitangan dari 80 pertubuhan menderma darah sempena ulang tahun program tersebut.
Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita