SG mungkin alami jerebu jika tiupan angin berubah, titik panas di Sumatera bertambah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Mutu udara Singapura mungkin menjadi lebih buruk jika berlakunya perubahan tiupan angin.
Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Jumaat (29 Sep), ia disebabkan peningkatan titik panas di Sumatera sejak beberapa hari kebelakangan ini. Pada 27 September, 241 titik panas dikesan, manakala 125 titik panas dikesan keesokan harinya.
Angin berhampiran Singapura dijangka akan tiup dari arah tenggara dan menjauhkan jerebu tebal daripada Singapura, tambah NEA.
"Sementara Singapura tidak dijangkakan untuk mengalami jerebu teruk buat beberapa hari akan datang,
Indeks Pencemaran Udara (PSI) mungkin bertambah buruk jika berlakunya perubahan tiupan angin," menurut kenyataan itu.
Pasukan Bertindak Jerebu Antara Agensi (HTF), yang terdiri daripada 28 agensi, bersedia untuk menguatkuasakan tindakan jerebu masing-masing jika mutu udara bertambah buruk, ketika ia mencecah julat tidak sihat, atau PSI melebihi 100 selama 24 jam, tambah NEA.
Setakat pukul 3.00 petang pada Jumaat, bacaan PSI 24 jam adalah 81, yang dikategorikan dalam julat sederhana. Jika bacaan "dijangkakan untuk memasuki" julat tidak sihat, NEA akan menyediakan nasihat jerebu harian.
Para pakar sudah menjangkakan kemungkinan besar berlakunya jerebu di Asia Tenggara tahun ini, meskipun keadaannya tidak seteruk 2015, ketika bacaan PSI di Singapura mencapai kadar berbahaya.

Pada Ogos, Pusat Khas Meteorologi ASEAN juga menetapkan bahawa terdapat risiko lebih tinggi jerebu rentas sempadan dari Jun hingga Oktober di wilayah Asia Tenggara.
Di Singapura, bacaan PSI 24 jam melebihi 300 pada julat tidak sihat pada 2015, manakala bacaan melebihi 100 pada julat tidak sihat pada 2019.
Menurut NEA, kesan kesihatan akibat jerebu terhadap seseorang bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing, kadar PSI 24 jam, serta tempoh dan betapa serius kegiatan seseorang di luar.
"Mengurangkan kegiatan di luar dan kegiatan fizikal boleh bantu kurangkan kesan buruk akibat pendedahan kepada jerebu."
Mereka yang menghidapi penyakit jantung dan paru-paru kronik harus pastikan untuk sentiasa mempunyai ubat mereka. Golongan warga emas, wanita hamil, kanak-kanak serta mereka dengan penyakit kronik yang menunjukkan gejala atau rasa kurang sihat dinasihatkan meminta bantuan perubatan.
Orang awam boleh memeriksa bacaan mutu udara dan nasihat di laman web www/haze.gov.sg dan aplikasi myENV.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.