Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG mula bina hab penghasilan makanan berteknologi tinggi pertama di dunia

Anggaran Waktu Membaca:
SG mula bina hab penghasilan makanan berteknologi tinggi pertama di dunia

Gambar: Low Yen Ling/Facebook

Diterbitkan : 21 Dec 2023 06:34PM Dikemas Kini : 21 Dec 2023 07:00PM
SINGAPURA: Singapura sudah mula membina sebuah kemudahan canggih pengeluaran makanan di bawah satu bumbung yang rendah karbon.

Ini merupakan kemudahan pertama seumpamanya di dunia.

Apabila siap kelak, kilang tersebut mampu menghasilkan protein sayuran dan tumbuh-tumbuhan yang dipacu konsep teknologi tinggi.

Ia memanfaatkan tenaga yang boleh diperbaharui, kecerdasan buatan (AI) serta bioteknologi makanan.

Dijangka siap pada suku kedua tahun depan di Sims Avenue, Hab "Life3 Urban Sustainability" atau 'LUSH' tersebut bakal dilengkapi sistem lingkaran hidroponik tertutup yang dijana tenaga suria.

Ia mampu mengitar semula air kumbahan untuk menghasilkan sayur-sayuran dan algamikro.

Ia kemudian diproses di tempat yang sama bagi menghasilkan produk protein dan makanan.

Konsep tersebut diilhamkan syarikat pemula teknologi makanan setempat Life3 Biotech, dan Union Solar, sebuah firma yang tertumpu kepada tenaga yang boleh diperbaharui.

Mengulas mengenai pembinaan kemudahan tersebut, Ricky Lin, CEO Life3 Biotech berkata: "LUSH mencerminkan satu iltizam sangat tepat kepada usaha membentuk kemampanan, penggunaan berkesan tenaga dan makanan berdaya tahan bagi Singapura."

"Disebabkan ukuran kita yang sangat kecil serta batasan semula jadi, kita mesti mengatasi masalah bekalan air dan tanah yang terhad, yang kritikal kepada penghasilan makanan. Oleh itu, cukup penting untuk industri agrimakanan Singapura memanfaatkan teknologi serta menerapkan kaedah-kaedah penghasilan makanan yang inovatif dan mampan," jelas Menteri Negara Perdagangan dan Perusahan Low Yen Ling.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan