SG mula biak ikan tilapia lebih besar; penuhi permintaan bagi makanan laut tempatan
Pelan Akuakultur Singapura bertujuan meningkatkan dan mengoptimumkan pengeluaran makanan laut oleh sektor akuakultur domestik. (Gambar: CNA)
Inisiatif-inisiatif ini adalah sebahagian daripada Pelan Akuakultur Singapura, yang bertujuan untuk meningkatkan dan mengoptimumkan pengeluaran makanan laut oleh sektor akuakultur domestik, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA).
Ladang-ladang yang bertauliah boleh membeli anak ikan ini dari pusat yang dikhususkan bagi tujuan ini.
Harga anak ikan ini boleh mencecah 50 sen setiap satu, sama seperti harga anak ikan yang diimport dari Malaysia dan Indonesia.
MEMASTIKAN MUTU IKAN TERJAMIN
Bekalan berterusan bagi anak ikan yang berkualiti dari Pusat Broodstock Nasional (NBC) dijangka dapat membantu ladang-ladang tempatan meningkatkan pengeluaran, menurut Persekutuan Perusahaan Agro-Makanan Singapura (SAFEF).
NBC untuk tilapia marin ditubuhkan oleh SFA dan SAFEF untuk membantu meningkatkan keselamatan makanan dengan membekalkan ladang tempatan dengan telur dan anak ikan yang lebih baik secara genetik dan mempunyai peluang hidup yang lebih tinggi.
Ladang-ladang ini telah menghadapi kesukaran disebabkan ada sesuatu yang tidak konsisten dalam keturunan dan kualiti anak ikan yang mereka import sendiri, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SAFEF, Ken Cheong.
Beliau berkata SAFEF juga sedang mencari cara untuk meningkatkan kadar pertumbuhan dan peluang hidup ikan tilapia ini.
Encik Cheong menambah bahawa mutu ikan tilapia yang lebih baik akan membantu ladang tempatan memperoleh keuntungan dengan lebih mudah, dengan memastikan bekalan ikan yang konsisten dan memenuhi saiz minimum 1 kilogram.
Di bawah inisiatif ini, ikan-ikan tersebut mengambil masa sekitar tujuh bulan untuk membesar, berbanding dengan tempoh pembesaran biasa yang memakan masa 10 bulan.
“Pengurangan satu bulan dalam kitaran pembesaran adalah peningkatan 12 peratus dalam pendapatan,” kata Encik Cheong.
Pengarah Singapore Agri-Food Innovation Lab, William Chen, berkata bahawa selain ketahanan stok ikan, faktor lain seperti mutu air dan kos makanan ikan boleh mempengaruhi kemampanan dan pertumbuhan ladang ikan tempatan.
Profesor Chen menambah bahawa kualiti air perlu dipantau untuk memastikan ikan tidak jatuh sakit, dan langkah-langkah pencegahan pencemaran harus dilaksanakan.
Ikan dibesarkan dalam tangki di sebuah farm ikan di Singapura.
Beliau berkata kos makanan ikan juga mewakili 50 hingga 70 peratus daripada kos operasi ladang ikan biasa.
Ini bermakna sebarang usaha untuk meningkatkan kadar peluang hidup tilapia adalah langkah yang dialu-alukan untuk mengukuhkan sektor pertanian tempatan Singapura, tambah Prof Chen.
MASA DEPAN AKUAKULTUR TEMPATAN
Profesor Chen, yang juga pengarah program Sains dan Teknologi Makanan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), berkata pengguna kini lebih peka tentang ikan yang dibesarkan di Singapura.
Kesegaran adalah satu kelebihan dalam memakan ikan domestik seperti ini, katanya, sambil menambah bahawa profil pemakanan ikan juga boleh dipertingkatkan dengan mengubah suai bahan bagi makanan ikan.
Beliau berkata ia sesuatu yang menggalakkan untuk melihat restoran memesan lebih banyak ikan yang dihasilkan secara tempatan untuk perniagaan mereka, dan ini adalah petanda kepada ekosistem yang semakin berkembang yang boleh menyokong usaha pertanian tempatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.