SG, M'sia mahu bekerja rapat bagi jaminan bekalan air, perubahan iklim
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura dan Malaysia mahu bekerja rapat bagi jaminan bekalan air kerana kedua-dua negara menghadapi cabaran-cabaran serupa daripada perubahan iklim.
Ia termasuk hujan lebat yang berlaku secara mendadak dan cuaca kering berpanjangan.
Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Grace Fu berkata demikian semasa lawatan Yang di-Pertuan Agong ke loji AirBaru siang Khamis (27 Okt)
Yang di-Pertuan Agong dibawa melihat proses tiga tahap membersihkan air yang sudah digunakan bagi menghasilkan AirBaru.
Beliau juga melihat pameran Sistem Pembetungan Terowong Dalam.
Dalam ucapan alu-aluanny menarik perhatian kerjasama yang sudah lama terjalin antara Singapura dengan Malaysia.
"Pegawai kami di agensi air dan loji rawatan air bekerja rapat sejak sekian lama. Hubungan erat yang terjalin membolehkan kita menghadapi cabaran secara bersama," kata Cik Fu.
Singapura dan Malaysia memeterai dua perjanjian air pada 1961 dan 1962. Perjanjian pertama tamat pada Ogos 2011 dan perjanjian kedua akan tamat pada 2061. Di bawah perjanjian kedua, Singapura boleh mengeluarkan 250 juta gelen air mentah sehari dari Sungai Johor.
Johor kemudiannya membeli semula air terawat daripada Singapura pada kadar 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.
"Sebagai di antara negara yang kekurangan sumber air, kita harus memikirkan cara dan memanfaatkan teknologi dan inovasi untuk meningkatkan daya tahan bekalan air kita" kata Cik Fu.
Beliau merujuk kepada pandemik COVID-19 di mana Singapura dan Malaysia bekerjas rapat dan menemui cara untuk meneruskan aliran barang asas dan pekerja, termasuk pekerja PUB di Loji Rawatan Air Sungai Johor.
Buat masa ini, Sungapura mempunyai lima loji AirBaru di Bedok, Kranji, Ulu Pandan dan Changi, dengan keupayaan untuk menghasilkan sekitar 170 juta gelen air sehari. Ia dapat menampung 40 peratus permintaan air negara sebanyak 430 juta gelen sehari.
Selain daripada itu, kedua-dua negara menghadapi cabaran iklim yang serupa.
"Kita mengalami cuaca yang melampau termasuk hujan lebat atau kemarau yang berpanjangan. Keselamatan bekalan air, atau kebimbangan mengenai bekalan air, merupakan cabaran serupa yang menjejas kita berdua," kata Cik Fu, sambil menambah bahawa Singapura berharap dapat bekerjasama dengan Malaysia dalam isu-isu seperti keselamatan bekalan air serta perlindungan pantai dan banjir.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.